Nikmatnya Tau Fu Fah! Buat Sendiri Jer

Tau Fu Fah merupakan salah satu makanan yang orang ramai akan cari kat pasar malam dan juga kat bazar Ramadhan. Tapi disebabkan kedua-dua pasar tu dah tak boleh dibuka buat masa sekarang, ramai laa peminat Tau Fu Fah rindu pada makanan enak ini. Abang Bob dok malam tadi teringat-ingat tekstur lembut dan manis pencuci mulut tu. Kalau korang teringin sangat, kat sini Abang Bob nak share bahan dan cara penyediaan Tau Fu Fah. Boleh korang buat sendiri kat rumah nanti!

Bahan-bahan:

  • 1 kotak Susu Soya
  • ½ paket Agar-agar Tali
  • Gula Melaka

Cara-cara:

  1. Didihkan secawan air dalam periuk yang bersesuaian.
  2. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga larut. (Disini kena pandai adjust agar-agar, jangan terlalu banyak kerana tekstur akan menjadi seperti pudding)
  3. Masukkan air soya untuk beberapa minit ke dalam didihan agar-agar dan air tadi. Tutup api.
  4. Tapis kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam bekas.
  5. Simpan bekas dalam peti sejuk

Untuk gula Melaka, didihkan air dan gula Melaka, letak daun pandan sekiranya nak wangi. (Di sini skill untuk adjust kepekatan gula dan air mainkan peranan ye. Kalau pekat, tambah sikit air dan sebaliknya) 

Hidang tau fu fah dari peti tadi bersama air gula! Tadaaa!! Tak susah pun sebenarnya. Tapi kalau tak menjadi tu, adatlah kalau baru kali pertama mencuba. Yang penting jangan putus asa. Kalau dah siap tu nanti bak mai semangkuk kat Abang Bob ok.

Baca artikel ini:
Ikut Rahsia Ini Kalau Tak Nak Sotong Jadi Liat
6 Sebab Kenapa Korang Kena Minum Air Kelapa Semasa Berpuasa

Raja Lepak

Read Previous

Memukau! 5 Gambar ‘Nature’ Terbaik Pertandingan The Nature 2020 Competition

Read Next

Hilang Tidak Dijumpai Sehingga Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *