Kira Biji Dalam Buah Sebab Terlalu Bosan

Abang Bob tengok ramai kawan-kawan Abang Bob mengeluh kat laman sosial sebab dah bosan stay kat rumah sepanjang PKP. Abang Bob pun sama laa juga. So nak menghilangkan rasa bosan tu macam-macam benda yang Abang Bob buat, contohnya cuba memasak menu-menu baru, ubah kedudukan perabot. Paling tidak pun tengok movie dari pagi sampai petang.

Tapi berbeza pula cara seorang wanita kat Vietnam ni menghabiskan masa sepanjang tempoh kuarantin kat rumah.

Beberapa posting yang tular kat media sosial menunjukkan,  wanita tersebut telah menghabiskan masanya dengan mengira biji yang ada kat dalam buah-buahan. Haiyooo! Itu memang dan tahap bosan giler dah tu. Tak pernah terfikir pulak Abang Bob nak isi masa bosan sebegitu.

Baca artikel ini: Kreatif! Pil Viagra Jadi Aksesori Menarik

Mostly yang buat benda tu kat Vietnam ialah dalam kalangan pelajar jurusan matematik. Diaorang bukan saja-saja kira biji dalam buah tu, tapi diaorang siap buat kajian lagi tau.

Salah seorang pelajar dalam kajian yang dia buat ke atas sebiji buah dragon fruit telah mendapati, sebiji buah naga seberat 13,867g mempunyai sebanyak 245 biji-biji kecil di dalamnya.

Apabila ditimbang semula, berat buah naga itu telah menurun sebanyak 0.0045322449g, iaitu menyamai berat 245 biji-biji kecil yang telah dikeluarkan.

Menurut wanita tersebut, dia berasa sangat bosan apabila telah beberapa hari tidak keluar dari rumah ekoran perintah kuarantin.

Selain buah naga, dia juga telah menggunakan buah strawberi. Alahaiii terlalu rajin laa pulak.  Kalau Abang Bob laa buat, mau tertidur depan buah tu. Lagi laa bosan! Korang sanggup tak nak kira biji kat dalam buah?

Baca artikel ini: Kreatif! Makanan Dihasilkan Menyerupai Bentuk Virus COVID-19

Raja Lepak

Read Previous

Menakjubkan! Pergunungan Himalaya Dapat Dilihat Dengan Jelas Selepas 30 Tahun

Read Next

Amboi… Nak Buang Sampah Kemain Glamour Lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *