Segar! 9 Minuman Untuk Sejukkan Badan Ketika Berbuka Puasa

Masa berpuasa dalam keadaan panas terik, memang air jer yang selalu terbayang kat dalam kepala. Lagi-lagi kalau air tu berais, dengan lelehan air sejuk kat tepi gelas, fuhh! Boleh tergugat iman. 

Macam Abang Bob, tiap kali berpuasa rasa lapar tu tak terasa sangat. Tapi kalau rasa dahaga tu memang tak boleh dinafikan lagi. Bercakap tentang cuaca panas dan air, kat sini Abang Bob nak kongsikan 9 idea minuman segar yang boleh menyejukkan badan korang semasa berbuka. Buat sendiri pun boleh tau!

1.   Soda lemon pudina

Fuh! Memang terasa kesegaran dia. Bahan-bahan yang digunakan pun tak susah sangat nak dapat. Antaranya ialah 1 tin laici, 1 botol besar ais krim soda, 1 biji lemon, 2 batang serai dititik, 4 biji asam boi putih, 6 helai daun pudina dan ais secukupnya. Cara nak buat pun simple jer. Korang cuci dulu daun pudina, serai dan lemon sampai bersih. Hiris lemon nipis-nipis dan masukkan kat dalam jug bersama daun pudina, serai, asam boi putih dan buah laici. Tuangkan ais krim soda dan masukkan ais. Kacau sampai sebati. Tadaa! Dah siap.

2.   Teh pudina lemon madu

Air teh pudina lemon madu ni antara minuman yang jadi feberet Abang Bob, lagi-lagi sewaktu demam. Bahan-bahan yang digunakan ialah 1 biji lemon, daun pudina, 4 sudu besar madu, 2 uncang teh, air panas dan ais. Cara nak buatnya, korang rendam undang teh seperti biasa dengan air panas dan biarkan selama 30 minit. Masukkan daun pudina dan madu kat dalam air teh tadi dan kacau. Pastu korang campurkan sikit dengan air putih kalau teh tu terlalu pekat kemudian masukkan ais secukupnya. Nak hiasan korang letak laa sikit hirisan lemon dan daun pudina. Siap!

3.   Lai chee kang

Lai chee kang ni memang air yang sungguh menyegarkan. Bahan-bahannya ialah air panas, 6 ketul gula kundru, 8 biji kembang semangkuk, 4 sudu barli yang telah siap direbus, 3 biji getah anggur, hirisan cincau, 2 sudu gula melaka dan 1 tin longan. Cara nak buatnya, korang rendamkan kembang semangkuk, gula melaka, gula kundru dan getah anggur kat dalam air panas. Bila dah sebati, masukkan buah longan dan cincau. Tambahkan ais untuk memberikan kesegaran. Lai chee kang is done!

4.   Air kelapa muda gula melaka

Memang terasa segar dapat minum air kelapa muda. Bahan-bahan yang korang kena sediakan ialah 2 biji kelapa muda, isi kelapa muda diparut, air, 2 helai daun pandan segar, 3 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar gula dan ais. Cara penyediaannya pun cukup simple. Masukkan gula pasir, gula melaka dan simpulan daun pandan ke dalam periuk. Masukkan air dan panaskan atas api sederhana besar. Biar semua bahan larut. Padamkan api dan ketepikan untuk cecair menyejuk. Pecahkan kelapa dan masukkan air kelapa ke dalam jag. Kaut isi kelapa di dalam tempurung kelapa dan masukkan ke dalam jag. Masukkan 3 sudu besar air gula yang sudah disediakan tadi. Letak kiub ais secukupnya dan hidangkan. Berebut waktu bukak puasa nanti!

Baca artikel ini: Wajib try! Nasi Lemak Tersedap Kat KL dan Selangor

5.   Air barli

Air yang Abang Bob selalu cari kalau tekak rasa tak selesa dan badan panas. Bahan-bahannya ialah ½ cawan barli, 1 ketul gula batu, air, 1 helai daun pandan dan 2 sudu besar gula. Cara nak buat korang cuci bersih dan toskan barli pastu ketepikan. Masukkan barli dalam periuk bersama air dan daun pandan. Letakkan periuk atas api sederhana besar dan rebus hingga barli kembang. Keluarkan 2 sudip barli yang sudah dimasak kembang dan kisar halus dalam pengisar. Kemudian masukkan semula barli yang dikisar seketika tadi ke dalam periuk dan rebus selama 3 minit. Masukkan gula batu dan biarkan hingga gula batu larut. Jika kurang rasa manis, tambahkan 2 sudu besar gula atau mengikut citarasa anda. Korang boleh boleh hidangkan minuman ini sama ada panas atau sejuk.

6.   Jus tembikai

Fuhh! Rasa nak buat hari ini. Bahan-bahan pun senang. 4 cawan air, disejukkan dalam peti sejuk, 1 biji tembikai, dipotong dadu, dibuang biji dan disimpan dalam peti sejuk, ¾ cawan jus lemon segar, disejukkan dalam peti sejuk, ½ cawan gula, 5 helai daun pudina dan kiub ais. Cara nak buat, korang potong isi tembikai dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit. Apabila tembikai sudah sejuk, masukkan dalam mesin pengisar. Kisar selama 3 minit sehingga isi buah tembikai menjadi puri. Dengan menggunakan penapis, tapiskan puri tembikai untuk dapatkan jus. Masukkan sedikit air, jus lemon dan gula ke dalam jag. Kacau sehingga larut. Kemudian masukkan jus tembikai. Masukkan kiub ais secukupnya dan hidangkan bersama daun pudina di atas sebagai hiasan.

7.   Lai chee kang bunga kekwa

Ini antara air yang rare korang boleh buat. Bahan-bahannya ialah 2 kotak teh bunga kekwa, 1 tin buah laici, ½ cawan kembang semangkuk, 1 cawan cincau, dihiris, 1 tin buahan koktel, ½ cawan biji selasih dan kiub ais. Simple jer. Korang rendam biji selasih selama 30 minit atau sehingga kembang. Pastu dalam mangkuk berasingan, rendam bunga kembang semangkuk selama 1 jam atau sehingga kembang penuh. Tapiskan laici dan buah koktel lalu ketepikan. Masukkan biji selasih dan bunga kembang semangkuk yang sudah kembang ke dalam jag. Masukkan laici, cincau manis dan buah-buahan koktel ke dalam jag. Masukkan teh bunga kekwa dan kacau rata. Masukkan kiub ais secukupnya apabila ingin dihidang.

 8.   Teh kundur

Selalunya air teh kundur ni korang beli yang dah siap kat dalam kotak. Kali ni korang boleh try buat sendiri. Bahan-bahannya ialah 500g buah kundur, dibuang kulit, biji dan dipotong dadu. 150g gula melaka, dihiris. 50g gula batu dan kiub ais secukupnya. Sikit jer bahannya. Cara nak buat pula. Cuci buah kundur sehingga bersih. Kupas kulit dan potong buah kundur dalam bentuk dadu. Masukkan potongan buah kundur dalam periuk dan tabur hirisan gula melaka. Menggunakan sudu, kacau campuran tersebut hingga rata dan biarkan selama 1 jam. Guna api sederhana besar, masukkan gula batu dalam kuali tersebut dan biarkan sehingga larut dan mendidih. Kecilkan api untuk elak wap air tidak terkeluar dan tutup kuali rapat dengan penutup kuali. Biarkan buah kundur masak selama 1 jam 30 minit atau 2 jam dengan api kecil. Untuk mengetahui sama ada buah kundur sudah masak, buah kelihatan lutsinar. Setelah masak, tapis buah kundur untuk dapatkan jus. Untuk menghidang, campur 1 cawan teh kundur dan 3 cawan air. Boleh tambahkan ais, jika mahu. Rasanya memang sama kalau korang bel ikat kedai.

9.   Jus timun Jepun

Ini pun air jus yang dianggap rare sebab jarang orang buat. Bahan-bahan yang korang kena sediakan ialah 2 batang timun Jepun, 2 sudu besar gula, 1 gelas air, 3 helai daun pudina segar dan kiub ais secukupnya. Cara nak buat pun senang. First korang basuh timun sehingga bersih dan kupas kulit timun Jepun. Potong dadu timun. Kemudian, kisar bersama air, gula dan kiub ais. Kisar kesemua bahan hingga halus tau. Untuk menghidang, tuang jus ke dalam gelas. Tambah daun pudina segar sebagai hiasan.

Menarik bukan 9 resepi minuman di atas? Korang boleh mencuba resepi tersebut sendiri. Memang bagus kalau nak turunkan suhu badan ketika hari panas. Jangan lupa untuk minum air masak secukupnya dan pastikan badan korang tidak mengalami dehidrasi.

Baca artikel ini: Memang Terangkat Habis! 7 Masakan Istimewa Orang Jawi Peranakan Penang!

Raja Lepak

Read Previous

Ketahui Personaliti Berdasarkan 4 Jenis Masakan Telur

Read Next

10 Lokasi Semula Jadi Yang Tak Boleh Diterima Dek Akal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *