Ketahui Personaliti Berdasarkan 4 Jenis Masakan Telur

Mesti ramai dalam kalangan korang yang gemar makan telur. Dah la mudah didapati, murah dan yang penting mengenyangkan.

Telur juga mengandungi nutrisi yang tinggi. So tak hairanlah rata-rata yang sedang berdiet selalunya akan makan telur. Tapi Abang Bob tak puas hati sebab orang yang suka makan telur mesti akan dikaitkan dengan kentut yang busuk. Apa kaitan doh?

Tapi sebenarnya, selain telur yang murah dan sedap, telur juga boleh memberitahu personality seseorang tau berdasarkan masakan telur kegemaran mereka. So kat sini Abang Bob nak kongsikan personality seseorang menerusi masakan telur. 

1.   Telur rebus

Korang yang menggemari telur rebus dikatakan mempunyai keperibadian yang unik. Selain itu, korang juga sentiasa digambarkan berfikiran matang. Kadang-kadang, umur baru sahaja mencecah belasan tahun tapi pemikiran seolah-olah sudah lama hidup di dunia ini. Pada masa yang sama, korang juga sukakan tentangan. Pendek kata korang tak suka benda-benda havoc ni. Tapi yang tak bestnya, orang yang suka telur rebus ni juga dikatakan orang yang tidak teratur dalam melakukan sesuatu kerja. Dalam erti kata lain, mereka ini tidak rancang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara.

2.   Telur dadar

Lain pula dengan korang yang suka makan telur dadar. Orang yang suka telur dadar ni dikatakan seorang yang sangat teratur. Sebelum membuat sesuatu perkara, mereka akan rancang terlebih dahulu. Kiranya, tak main buat jer asalkan siap. Selain itu, orang yang suka makan telur dadar ni juga sangat menjaga kebersihan dan sukakan kerapian. Patutlah kalau telur dadar melekat dekat kuali boleh murung seminggu! Penggemar telur dadar juga merupakan seseorang yang amat mementingkan kesempurnaan atau omputeh selalu sebut sebagai perfectionist. Ada baik dan buruknya juga jadi perfectionist ni di mana kerja yang dilakukan pasti ‘tip top’. Tapi ia akan mengambil masa yang lama. Selain tu, penggemar telur dadar juga sangat ramah orangnya dan pandai bergaul. Ini menjadikan mereka sangat disenangi oleh orang sekeliling.

Baca artikel ini: 14 Hari Dok Umah? Nah! 14 Menu Telur Berbeza

3.   Telur mata

Orang yang suka makan telur mata ini sukar untuk diramal. Selain itu, korang yang suka makan telur mata ni juga dikatakan mempunyai peribadi yang ceria. Agaknya, lepas bergaduh dengan buah hati pun tetap ceria orangnya ek? Penggemar telur mata juga dikatakan seorang yang suka menyendiri. Dalam erti kata lain, korang tidak suka bergaul dan lebih senang untuk habiskan masa seorang diri. Makan telur mata seorang diri, main PUBG pun solo dan mungkin pergi tengok wayang pun sendiri.

4.   Telur hancur

Macam mana agaknya peribadi penggemar telur hancur? Adakah ‘hancur’ macam telur tu jugak? Tidak yer. Orang yang gemarkan telur hancur ini sukakan kebebasan selain mempunyai tahap kreativiti yang tinggi. Selain itu, korang juga dikatakan mempunyai keperibadian yang ramah dan sering disenangi oleh orang sekeliling.

Jadi korang suka masakan telur yang macam mana? Korang sendiri tahu selera masing-masing. Tapi kalau korang rasa korang suka semua jenis masakan telur tu, pandai-pandai korang laa tafsir sendiri. Hahah!

Baca artikel ini: Cucur…Cucur…Cucur…Mana Satu Feberet Korang?

Sumber: Fimela, Syok

Raja Lepak

Read Previous

Sambal Hitam Juadah Sahur Ketika ‘Masa Kecemasan’

Read Next

Segar! 9 Minuman Untuk Sejukkan Badan Ketika Berbuka Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *