Jangan Simpan 6 Makanan Ni kat Dalam Peti Sejuk

Memang sebiji perangai macam Abang Bob. Apa sahaja makanan mahu disumbat dalam peti sejuk. Bukan apa daripada membazir atau terbiar di luar, Abang Bob rasa lebih selamat letak dalam peti sejuk.

Sebenarnya bukan semua makanan sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ada setengahnya boleh mengurangkan kadar khasiat makanan itu sendiri.

Di bawah ni Abang Bob senaraikan makanan yang dilarang simpan dalam peti sejuk bagi mengekalkan kualiti dan khasiatnya.

Madu

Salah satunya ialah madu. Ini kerana dalam keadaan sejuk, madu akan bertukar menjadi butiran kristal dan keras seperti batu. Menyimpan madu di dalam peti sejuk juga akan menjejaskan kebaikan makanan yang kaya dengan khasiat ini.

Roti

Roti pun sebaiknya jangan disimpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk akan menukar struktur roti dan menjejaskan rasanya. Tetapi mungkin korang boleh menyimpannya jika korang nak simpan roti lebih daripada seminggu. Jangan lupa untuk panaskannya di dalam toaster atau oven sebelum makan. Sekurang-kurangnya roti yang panas lebih enak dimakan bersama Planta atau jem.

Tembikai

Buah tembikai seeloknya diletakkan dalam suhu bilik. Kenapa ya? Penyelidikan yang dijalankan oleh United State Department Of Agriculture (USDA)  mendapati antioksidan di dalam tembikai dapat dikekalkan apabila berada dalam suhu bilik berbanding suhu yang sejuk.

Baca artikel ini: Bentuk kuku dan personality anda

Pisang

Pisang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan perubahan pada kulitnya. Kulit akan jadi lebam dan nampak tak menyelerakan. Ada masanya ia akan menjejaskan rasa buah pisang tersebut.  

Kacang

Suhu yang sejuk dapat mencegah minyak semula jadi yang terkandung dalam kacang. Selain tu kacang juga akan mengeluarkan bau yang tengik. Tetapi walau bagaimanapun, persekitaran yang sejuk boleh menjejaskan rasa kacang. Malahan kulit kacang juga boleh menyerap bau makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk. Sebaiknya, simpan kacang dalam bekas kedap udara dan letakkan kat dapur jer. Jika korang ada menyimpan kacang dalam peti sejuk, korang boleh goreng kacang anda di atas pan sebelum menggunakannya.

 Jem

Sama ada jem coklat, buah-buahan atau mentega kacang, sebaiknya disimpan di luar peti ais. Ini kerana meletakkan dalam peti sejuk akan membuatkan jem menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti. Cara terbaik adalah memastikan ia diletakkan pada ruang bersuhu bilik.

Memang 90% barang dapur kat atas Abang Bob sumbat jer kat dalam peti sejuk. Sebab merasakan ia lebih selamat dan akan tahan lebih lama. Tapi ternyata silap!

Baca artikel ini: Jom kenali individu pada logo jenama popular

Raja Lepak

Read Previous

10 Makanan Miliki Kandungan Air Tinggi Untuk Badan

Read Next

Menarik! 6 Mesin Layan Diri Paling Pelik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *