10 Makanan Miliki Kandungan Air Tinggi Untuk Badan

Pejam celik, pejam celik, Ramadan Kembali lagi. Abang Bob rasa sekejap sangat masa berlalu. Cuma bezanya Ramadan tahun ni mungkin tak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Yerlah, tahun ni tak semeriah seperti selalu sebab ketiadaan Bazar Ramadan, sembahyang Terawih, berbuka dengan keluarga di kampung sebab terikat dengan peraturan PKP gara-gara COVID-19.

Tapi itu semua bukan alasan untuk korang ponteng puasa yer. Puasa masih berjalan macam biasa, tapi tahun ni kita sambut secara sederhana sahaja. Bercakap soal puasa, apa yang penting korang mesti pastikan air dalam badan korang mencukupi bagi mengelak dehidrasi.

So sepanjang sebulan berpuasa ni, Abang Bob nak kongsikan 10 makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang dapat mengelak dehidrasi sepanjang 12 jam sehari korang berpuasa.

Strawberi

Strawberi mengandungi kira-kira 91% air dan merupakan salah satu buah yang paling menyegarkan. Ia adalah elemen penting untuk sarapan, salad dan rejim snek yang sihat.

Timun

Langsung tidak mengejutkan bahawa timun mempunyai kedudukan yang tinggi di antara makanan yang menghidratkan. Isinya sahaja mempunyai 95% air, bahkan timun mempunyai sumber vitamin K yang sangat baik.

Saderi

Sayuran saderi ini mempunyai kandungan 95% air. Saderi mungkin secara teknikalnya tidak mempunyai kalori negatif, tetapi ia menjadi alternatif yang menyegarkan dan sangat menghidrat.

Cili benggala

Abang Bob antara individu yang mungkin tidak menggemari cili benggala sebab rasanya yang aneh. Tapi cili benggala kaya dengan antioksidan dan vitamin C serta mengandungi kira-kira 92% air.

Melon

Buah melon sendiri mengandungi kira-kira 90% air. Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan sebilangan B. Rasanya juga manis dan enak!

Baca artikel ini: 10 negara paling bahaya untuk wanita

Limau gedang

Abang Bob tak pernah rasa lagi limau gedang ni. Sedap ke? Limau gedang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang berpotensi. Berbekalkan 90% kandungan air, kebaikan limau gedang setanding dengan melon.

Bayam

Bayam mengandungi kira-kira 91% kandungan air, menjadikannya salah satu jenis sayur-sayuran berdaun terbaik untuk menambah pengambilan air dalam badan korang.

Tomato

Tomato, Vegetable Garden, Vine – Plant

Makanan menghidrat ini mengandungi 94% air serta sejumlah biotin, vitamin C, dan vitamin K yang mengagumkan. Selain dimakan mentah, tomato juga sedap dibuat minuman.

Lobak

Walaupun rasanya tidak enak bagi sesetengah orang, tetapi lobak mengandungi kandungan nutrient yang tinggi. Lobak juga terdiri daripada 95% kandungan air yang baik untuk tubuh badan.

Tembikai

Buah tembikai memang menjadi feberet ramai orang. Mempunyai kira-kira 91% kandungan air, buah tembikai mengandungi vitamin A, vitamin B6 dan antioksidan.

Nah! Walaupun korang dah ambil semua makan di atas, tapi korang juga perlu meminum air putih seperti biasa yer agar badan korang kekal cergas.

Baca artikel ini: Fakta Unik Tentang Haiwan Cicak

Raja Lepak

Read Previous

Nak makan pisang dengan sihat? Korang perlu ada ilmu!

Read Next

Jangan Simpan 6 Makanan Ni kat Dalam Peti Sejuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *