8 ‘Port’ Sarapan Yang Bukan ‘Kaleng-Kaleng’ di Bangi

Bangi merupakan bandar di Selangor yang sememangnya kaya dengan pelbagai jenis tempat makan. Genre makanan kegemaran anda juga pasti ada kedai makannya, percayalah. Bagi yang bakal berkunjung ke Bangi, agak-agaknya port sarapan di Bangi yang mana yang best? 

Mencari port sarapan di Bangi yang sedap-sedap? Berikut Hamka senarai kan buat korang. Teruskan membaca!

1.   Roti Puri

Kredit: Wahida

Selalunya kita menikmati roti canai atau roti telur untuk sarapan. Kali ini, apa kata korang ubah citarasa anda dan cuba roti puri pula? Di Bangi, restoran Roti Puri ini memang sangat popular dengan menu itu!

Bagi yang tidak pernah terdengar tentangnya, roti puri merupakan roti goreng yang biasanya disajikan dengan kuah kari. Ia dimakan untuk sarapan pagi atau sebagai makanan ringan.

Ramai pelanggan memuji rasanya yang manis namun tidak terlampau dan tekstur roti yang tebal. Bila dicicah dengan kuah yang disediakan, semakin berganda keenakkannya.

2.   Kedai Kopi Tepian Bangi

Kredit: Tepian Bangi

Jika korang singgah untuk bersarapan di Kedai Kopi Tepian Bangi, pasti akan rambang mata dengan aneka jenis menu sarapan yang boleh didapati di sini.

Sebut sahaja menu apa yang anda teringin – roti bakar, roti canai, nasi lemak, kuih-muih dan pulut durian, semuanya ada. Sesuai juga dinikmati untuk makan petang.

3.   Roti Canai D’Bukit

Kredit : Roti Canai D’ Bukit

Masih mahu menikmati roti canai untuk sarapan? Tidak mengapa, singgah sahaja di restoran Roti Canai D’Bukit ini! Menurut pelanggan, restoran ini menyajikan antara roti canai yang tersedap di Bangi.

Biasanya roti canai yang kita nikmati menyajikan roti canai bersama kuah dhal atau kuah kari biasa. Namun, berlainan pula dengan restoran Roti Canai D’Bukit.

Restoran ini menyajikan roti canai bersama kuah kari kambing! Ianya merupakan tarikan utama menu ini, sekali cuba pasti nak lagi gaiss! Selain roti canai, anda juga boleh mencuba menu lain seperti nasi lemak ayam goreng berempah.

4.   Restoran Azura

Mencari restoran sekitar Bangi memang mudah, namun mencari restoran yang menawarkan harga yang berpatutan tidak semudah yang dijangka. Namun, ianya tidak mustahil untuk dijumpai di Bangi.

Restoran Azura merupakan restoran yang terkenal bukan sahaja kerana variasi makanan yang sedap, malah harga yang ditawarkan juga berpatutan. Patutlah kebanyakan pelanggannya merupakan dari pada kalangan pelajar!

Menu-menu yang boleh dicuba di sini ialah roti canai, nasi lemak dan lontong. Lauk-pauk untuk nasi lemak juga ada pelbagai, jadi pilih sahaja apa-apa yang kena dengan tekak anda.

5.   Rahsia Kopitiam

Kredit: jalan-jalan

Pernah mencuba roti arab bersama kacang pool di Larkin? Jika ya, Hamka pasti korang semestinya mengidamkannya, bukan? Tidak perlu jauh-jauh ke Larkin kerana boleh mencubanya sendiri di Rahsia Kopitiam di Bangi!

Rata-rata pelanggan yang mencubanya mengakui yang menu tersebut persis dengan roti arab kacang pool di Larkin, memang sedap dan kena dengan citarasa ramai.

Selain itu, anda juga boleh mencuba menu lain seperti Mi Bandung, Mi Rebus, Nasi Ambang Special dan Laksa Johor. Cukup enak dinikmati untuk sarapan pagi!

6.   Roti Canai Mat Zain

Roti canai merupakan menu sarapan yang sentiasa menjadi pilihan orang kita. Bukan sarapan sahaja, malah ada yang menikmatinya untuk makan petang dan makan malam, jelas menunjukkan betapa popularnya hidangan ini.

Untuk mencuba roti canai yang rangup namun masih gebu, anda wajib mencubanya di restoran Roti Canai Mat Zin. Ianya merupakan sebuah restoran yang terletak di Kampung Teras Jernang. Korang wajib try roti canai tampal telur goyang… Memang padu gaiss!

Selain roti canai, menu lain seperti nasi lemak juga turut menambat hati ramai pelanggan. Lauk-pauk yang disediakan juga berbagai, yang pasti kesemuanya sedap-sedap belaka!

7.   This Is Nasi Kerabu

Kredit : This is Nasi Kerabu

Mahu menikmati nasi kerabu untuk sarapan? Restoran This Is Nasi Kerabu ini merupakan antara lokasi sarapan di Bangi yang wajib korang serbu untuk mencuba menu tersebut.

Ada beberapa jenis lauk-pauk yang boleh anda nikmati bersama nasi kerabu. Daging bakar dan ayam bakar merupakan antara lauk yang sangat digemari oleh ramai pelanggan. Kami yakin anda juga pasti akan menyukainya!

8.   Nasi Lemak Maria

Nak mencari restoran yang menyajikan nasi lemak memang mudah. Namun, anda pasti mahukan kelainan dari segi rasa dan lauk-pauk yang disajikan, bukan?

Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Lemak Maria. Keistimewaan utama restoran ini ialah ianya menyajikan lauk-pauk yang berbagai untuk menu nasi lemak di samping keenakkan sambalnya.

Antara lauk-pauk yang boleh korang ialah sambal paru, ayam goreng, sambal sotong, sambal kerang dan rendang daging. Nasi lemak biasa pun sudah sedap, bayangkan jika anda tambah lauk-pauk ini. Pasti berganda keenakannya!

Bagaimana? Sudah jumpa port sarapan di Bangi yang korang ingin singgah? Atau anda mula tertarik dan ingin singgah di kesemuanya? Jangan gelojoh, singgah sahaja satu persatu jika berkesempatan.

Artikel berkaitan
BBQ Lamb KL Kemensah Menyajikan Pengalaman Makan Dalam Sungai
Biar Benar! Kedai Makan ‘Hipsters’ Wujud Di Felda Lurah Bilut?

Raja Lepak

Read Previous

Jom Cuba Resepi Seminit Pasta ‘Bujang’

Read Next

Cabaran Redah Dua Gunung di Bukit Fraser Yang Amat Sukar & Mencanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *