Senarai 10 gaji tertinggi pemimpin dunia

Hujung bulan masing-masing muka senyum jer, termasuklah Abang Bob sebab gaji dah masuk. Yahoo! Sikit atau banyak gaji yang korang dapat tu, bergantung juga pada sektor dan jawatan yang korang pegang.

Pernah tak terfikir berapa agaknya gaji pemimpin dunia yer? Laporan USA Today telah mendedahkan 20 pemimpin dunia yang memperoleh gaji tahunan tertinggi dalam kalangan pemimpin dunia lain. Jom kita semak senarai Top 10 gaji tahunan tertinggi pemimpin dunia yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong

Berada di tangga teratas gaji tahunan pemimpin tertinggi ialah Perdana Menteri Singapura dengan jumlah gaji tahunan sebanyak AS$1.6 juta ( RM6.89 juta) setahun. Ketua Parti Tindakan Rakyat ini mula mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Singapura pada tahun 2004. Hsien Loong ni pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Sebelum pemotongan gaji oleh dirinya sendiri pada tahun 2012, dia pernah mendapat gaji setinggi AS$2.1 juta setahun (RM9.7 juta) setahun.

 Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam

Berada di tangga kedua ialah Carrie Lam dengan jumlah gaji tahunan tertinggi iaitu sebanyak AS$568,400 (RM2.44 juta) setahun. Carrie merupakan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Hong Kong. Selain itu, ada media menyebut bahawa Carrie Lam seorang pemimpin yang kuat bekerja dah hanya tidur selama 3 jam sahaja sehari.

Presiden Switzerland, Ueli Maurer

Di tangga ketiga ialah Presiden Switzerland, iaitu Ueli Maurer dengan perolehan gaji tahunan sebanyak AS$482,858 (RM2.07 juta) setahun. Kisah hidup Ueli sangat menyedihkan sewaktu kecil kerana dia lahir dalam sebuah keluarga petani yang miskin. Sebelum menjadi Presiden Switzerland pada tahun 2016, Ueli pernah berkhidmat sebagai anggota tentera Switzerland.

 Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

President Amerika Syarikat, Donald Trump berada di kedudukan keempat dengan jumlah gaji tahunan sebanyak AS$400,000 (RM1.72 juta) setahun. Presiden Bangsa-Bangsa Bersatu Amerika ni merupakan pemimpin politik paling popular dan juga paling dibenci dalam sejarah dunia. Ada laporan menyebut, Trump mendapat gaji yang tinggi hanya untuk menandatangani sebarang dokumen. Bahkan, dia sebenarnya tidak kisah dengan jumlah gaji yang diterimanya sebagai Presiden sebab dia sememangnya seorang ahli perniagaan yang bergelar bilionaire.

Baca artikel ini: Kira Biji Dalam Buah Sebab Terlalu Bosan

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison

Di tangga kelima ialah Perdana Menteri Australia iaitu Scott Morrison dengan perolehan gaji tahunan sebanyak AS$378,415 (RM1.6 juta)  setahun. Morrison pernah mencetuskan kontroversi semasa memegang jawatan Menteri Pelancongan Australia pada 2006. Ketika itu, dia telah meluluskan bajet promosi iklan pelancongan yang memaparkan imej wanita berbikini dengan kos berjumlah AS$180 juta (RM777 juta).

Canselor Jerman, Angela Merkel

Berada di tangga keenam ialah Angela Merkel yang merupakan seorang Canselor Jerman dengan perolehan gaji tahunan sebanyak AS$369,727 (RM1.59 juta) setahun. Sejak kecil, Angela telah menunjukkan minat pada bidang fizik, matematik dan bahasa. Angela pernah dikritik oleh masyarakat apabila hidup sebagai pasangan suami isteri dengan seorang lelaki yang belum dikahwininya selama lebih 10 tahun. Selepas dikritik,Angela akhirnya berkahwin secara sah dengan lelaki tersebut yang juga merupakan suaminya yang ketiga.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern

Di tangga ketujuh ialah Perdana Menteri New Zealand iaitu Jacinda Ardern yang memperoleh gaji tahunan sebanyak AS$339,862 (RM1.46 juta) setahun. Jacinda mula menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri New Zealand pada tahun 2017. Jacinda pernah mencetuskan konroversi apabila secara terbuka menyokong gerakan perkahwinan sesama jantina di New Zealand.

Presiden Mauritania, Mohamed Ould Abdel Aziz

Di tangga kelapan ialah Presiden Mauritania iaitu Mohamed Ould Abdel Aziz dengan jumlah gaji tahunan sebanyak AS$330,000 (RM1.42 juta) setahun. Merupakan bekas Menteri Pertahanan Mauritania. Semasa bertanding merebut jawatan Presiden, Mohamed Ould telah mengemukakan perjanjian setebal 47 halaman antaranya untuk melindungi wanita dan golongan cacat di negaranya.

Canselor Austria, Sebastian Kurz

Canselor Austria, Sebastian Kurz berada di posisi kesembilan dengan jumlah perolehan gaji tahunan sebanyak AS$328,584 (RM1.41 juta) setahun. Pernah berkhidmat sebagai Menteri Hubungan Luar dan Integrasi Austria. Sebastian dikatakan digilai ramai wanita di negaranya kerana memiliki raut wajah yang tampan selain menjawat jawatan sebagai menteri pada usia muda. 

Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel

Di tempat yang ke-10 ialah Perdana Menteri Luxembourg iaitu Xavier Bettel dengan perolehan gaji tahunan sebanyak AS$278,035 (RM1.19 juta) setahun. Xavier menjadi pemimpin pertama di dunia secara terbuka telah berkahwin dengan pasangannya yang juga merupakan seorang lelaki. Bukan itu sahaja, perkahwinan Xavier dengan pasangannya, Gauthier Desteney juga merupakan perkahwinan pasangan gay pertama di Luxembourg.

Fuhh! Bestkan bergaji tinggi. Tapi walaupun mereka semua bergaji besar, tanggungjawab dan peranan yang dimainkan pun besar juga. Yerlah, bukan senang tau nak jadi seorang pemimpin. Banyak tanggungjawab yang kena pikul.

Tapi yang tak bestnya, ada beberapa dalam kalangan pemimpin di atas tu pernah terpalit dengan kontroversi yang kurang enak didengari. Tak kisahlah, asalkan Malaysia masih aman.

Baca artikel ini: Persis Cinderella. Dari Peminta Sedekah Jadi Selebriti Terkenal

Raja Lepak

Read Previous

10 Makanan Malaysia Jadi Buruan Pelancong Luar Negara

Read Next

Janda Kaya Bunuh 650 Orang Wanita Untuk Cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *