Lepas PKP Wajib Pergi! 5 Port Food Court ‘Hipster’ di Kuantan Untuk Anda ‘Chill’ Dan Makan

Buat rodong-rodong yang sering dilema untuk tidak tahu makan apa, food court adalah tempat makan terbaik untuk anda tuju. Selalunya di food court ini terdapat pelbagai pilihan makanan dari vendor-vendor terbaik.

Nikmati pengalaman makan terbaik di food court Kuantan, kali ini Hamka senaraikan 5 antara food court yang mesra untuk anda menjamu selera. Dinilai berdasarkan keselesaan tempat, suasana bagus, pilihan makanan, kemudahan awam dan respon positif dari warga tempatan.

Jadi, lepas PKP nanti bolehlah korang mencubanya. Memang terbaik!

1. Kimstone Food Court

Kredit : Oh Info Kuantan
Kredit : Oh Info Kuantan

Kimstone antara Food Court yang menempatkan vendor-vendor popular di Kuantan seperti Satay Zul, Sara Thai Kitchen, Kelapa Joget,Jaman Tory dan Kambing Bakar Guang Zhou. Satu tempat yang lengkap sekiranya anda ingin memburu makanan-makanan terbaik yang popular di Kuantan.

Suasana di sini pula sangat baik dan mesra keluarga. Tiada bunyi bising, persekitaran bersih, tempat yang luas dan selesa. Oh ya, kepada penggemar kek, korang bolehlah ke LakuKek. Terdapat lebih 70 pilihan menu kek yang sedap-sedap untuk dipilih di sini.

2. White & Black Cabin

Kredit : ASH

Tarikan Food Court baharu di Kuantan. Bukan hanya menarik disebabkan Mini Cooper di atas bumbung, namun di sini terdapat banyak kemudahan lain selain tempat makan. Buat pengetahuan korang, di sini juga menempatkan kedai gaming, kedai serbaneka, ruang acara, kemudahan mesin ATM dan sebagainya.

Jika korang bertanya kepada Hamka, apa menu makanan yang menarik untuk dicuba di White & Black Cabin, Hamka syorkan korang untuk tidak terlepas merasai menu masakan Cina Muslim di Restoran Muhammad Adam Lai. Memang sedap sungguh!

3. T’Station Food Court

Kredit : Jom Makan
Kredit ; T’Station Food Court

T’Station Food Court juga merupakan salah satu lokasi yang mesra untuk korang lepak dan makan di Kuantan. Tempat luas, selesa, kebersihan terjaga, parkir luas, selain itu terdapat ruang khas untuk kanak-kanak bermain.

Banyak menu makanan boleh korang pilih di sini, dari burger, masakan panas, char kuey teow, Satay Zul, makanan Western hinggalah ke makanan Korea dari Kudap-Kudap Cafe.

4. Medan Selera Taman Gelora

Beralih angin ke tempat lebih santai bersama keluarga, medan selera di Taman Gelora, Kuantan adalah pilihan ideal dan sesuai korang lepak dan makan petang. Antara menu petang yang sedap untuk anda cuba ialah rojak, jemput, keropok, pisang goreng, mee kari.

5. Medan Selera & Gerai Pelbagai UTC

Yang ini pula adalah senarai terakhir namun masih menjanjikan pelbagai pilihan makanan yang sedap dan selesa. Medan selera & Gerai Pelbagai di UTC Kuantan.

Lokasi ini amat sesuai untuk menjamu waktu tengah hari anda mankala harga makanan di sini pun boleh dikatakan berpatutan.

Artikel berkaitan
Masakan ‘Jawaworld’ memang terbaik! 8 masakan tradisi orang Jawa Malaysia
Sedapnyer Kalau Lepas Makan Dapat Pekena 7 Dessert Ni. Korang Suka Yang Mana?

Raja Lepak

Read Previous

‘Terbang’ Di Sungai Congkak? Rugi Kalau Tak Cuba!

Read Next

Kantoi! Bunyi Dalam Tandas Gara-Gara ‘Mic’. Puas Tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *