Yahooo!!! 9 Lokasi Sungai Best Buat Aktiviti Water Rafting Di Malaysia

Untuk pencinta aktiviti sukan lasak, haaaa hari ni Abang Bob nak kasi tau kat korang antara lokasi yang best kalau korang nak buat aktiviti water rafting. Tau tak apa bendanya tu? Water rafting tu dalam Bahasa Melayu bermaksud Rakit Arus Deras yang dilakukan kat Kawasan sungai yang ada jeram dan arus yang deras. Berani ke idok? Syok tau! So jom kita singgah kat 9 lokasi terbaik untuk korang buat aktiviti water rafting ni.

  • Sungai Sedim, Kulim, Kedah

Sungai Sedim adalah tempat yang popular untuk aktiviti white water rafting di Kulim, Kedah. Sungai ini mempunyai regangan sepanjang 15 kilometer dengan air mengalir laju beserta jeram deras yang sangat baik untuk aktiviti rafting. Sungai Sedim mempunyai 24 jeram yang mencabar di sepanjang sungai antaranya Salak Drop, Triple Rapid, Kasai Drop, Wall Drop, Lower Head Dam, Kawah Rapid, Jelutong Rapid, Rodeo Rapid, Slip Lip Rapid dan Cyclone Hole. Harganya ialah RM150 – RM180 untuk satu kepala.

  • Sungai Itek/Sungai Kampar, Gopeng, Perak

Kat sini ada 22 jeram yang berbeza yang terdiri daripada gred 2 hingga gred 3. Kat situ nanti, korang kena tempuhi satu jeram besar. Tapi pada masa sama, korang akan dapat tengok keindahan hutan hujan yang subur dan tenang. Aktiviti water rafting kat Sungai Kampar sangat sesuai untuk peserta yang tak ada pengalaman. Sesuailah untuk newbie macam korang tu. Harga untuk satu kepada ialah RM130 hingga RM150.

  • Ulu Slim, Slim River, Perak

Panjang sungai kat Slim River ni lebih kurang sepanjang 6 kilometer dan mempunyai tiga peringkat jeram iaitu gred 1, gred 2 dan gred 3. Sungai kat Ulu Slim ni sangat berbatu dan banyak laluan sempit dan selekoh tajam yang mencabar fizikal dan mental. So kecenderungan untuk korang jatuh daripada bot adalah sangat tinggi. Bayaran untuk satu kepala ialah RM140 hingga RM170.

  • Jeram Besu, Benta, Pahang

Jeram Besu ni terletak kat Sungai Lipis, kira-kira 6 kilometer sebelum Pekan Benta. Kalau dari KL dalam anggaran perjalanan 2 ½ jam. Tempat ni menarik banyak peminat white water rafting dari seluruh negara sampaikan pelancong dari luar. Aktiviti water rafting kat sini pendek jer berbanding kat sungai-sunagi lain. Tapi, korang boleh buat aktiviti lasak lain macam Flying Fox, 4 Wheel Drive Adventure dan Caving. Harga untuk sekepala ialah RM140 hingga RM200.

  • Sungai Selangor, Kuala Kubu Bahru, Selangor

Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu adalah satu-satunya destinasi untuk aktiviti white water rafting yang terdapat di Selangor. Sungai ini mempunyai jeras deras dari gred 2 hingga gred 4 dengan air yang sejuk dan jernih. Rafting di sini mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam bergantung kepada paras air dan saiz kumpulan. Ini merupakan aktiviti hujung minggu yang sempurna buat warga Kuala Lumpur yang ingin lari sebentar dari hiruk-pikuk kota. Harga untuk sekepala ialah RM150 hingga RM180.

  • SungaI Loh, Dungun, Terengganu

Sungai Loh di Dungun, Terengganu merupakan tarikan terbaharu untuk aktiviti white water rafting di Malaysia. Pengembaraan ke dalam Hutan Lipur Bumbung Raja yang masih terjaga ini ternyata mendekatkan diri anda dengan alam semula jadi. Sungai ini menawarkan beberapa jeram deras dari gred 1 sehingga gred 4 yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping itu, perkhemahan untuk satu malam di kawasan yang belum terjamah ini akan menjadikan pengalaman lebih bermakna.

  • Sungai Padas, Kota Kinabalu, Sabah

Sungai Padas ialah sungai yang tidak asing lagi dengan aktiviti white water rafting. Sungai ini dikatakan mempunyai jeram yang paling mencabar dan air yang paling deras di Malaysia. Senang kata, peserta mesti akan jatuh dari bot, tidak kira ketika air pasang atau air surut. Air sungai ini tidak jernih dan berwarna coklat, tetapi pengalaman berakit di sini amat menguji ketahanan mental dan fizikal. Rafting di Sungai padas adalah sepanjang kira-kira 13-14 kilometer dengan menawarkan jeram deras gred 3 hingga gred 4 yang panjang. Memang mencabar! Harga untuk sekepala ialah RM210 hingga RM250.

  • Sungai Kiulu, Kota Kinabalu, Sabah

Aktiviti white water rafting di Sungai Kiulu adalah sesuai bagi mereka yang inginkan cabaran yang agak sederhana dan santai. Diklasifikasikan sebagai gred 1 sehingga gred 2, menjadikannya aktiviti yang sangat ideal untuk peringkat entry-level. Jarak berakit paling jauh adalah 15 kilometer apabila paras air tinggi, dan 7 kilometer pada paras air biasa dan akan mengambil masa sekitar 1 jam setengah hingga 2 jam. Harga untuk sekepala ialah RM140 hingga RM170.

  • Sungai Liwagu, Ranau, Sabah

Sungai Liwagu adalah lebih panjang dan lebih jauh berbanding sungai lain untuk aktiviti white water rafting. Sungai ini hanya diteroka oleh pengembara tegar, namun baru-baru ini sebahagian besar sungai telah dibuka kepada orang ramai. Ekspedisi ini mengambil masa kira-kira 4 jam dengan banyak jeram yang terdiri daripada gred 1 sehingga 3. Aktiviti rafting di Sungai Liwagu ini dicadangkan untuk dilanjutkan kepada dua hari kerana ia terlalu panjang. Berhenti separuh jalan, tidur satu malam di dalam hutan, kemudian sambung pengembaraan pada hari kedua selama 4 jam dengan jeram yang lebih mendebarkan. Harga untuk sekepala ialah RM205 hingga RM235.

Haaa! Camner? Teruja ke idok? Kalau korang memang sukakan aktiviti lasak macam water rafting ni, dah boleh kot usyar-usyar sungai mana yang korang teruja sangat nak pergi. Yang penting hati-hati ok!

Raja Lepak

Read Previous

Dulu Indah Sekarang Hancur. 10 Lokasi Pelancongan Popular Terpaksa Di Tutup

Read Next

Cabaran Redah Air Terjun Lata Hammer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *