‘Si Bulus’ Pun Kena Taklimat Tentang Covid-19

Buat pencinta kucing seperti Hamka, korang pasti cair melihat seorang lelaki memberi ‘taklimat’ kepada empat ekor kucing berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini videonya sedang tular di Twitter.

Video itu menunjukkan gelagat si ayah yang memberi arahan kepada empat ekor kucing di hadapan sebuah pintu sambil merujuk pada sehelai kertas dan menjelaskan supaya mereka berada di dalam rumah dalam tempoh perintah kawalan dan tidak dibenarkan keluar.

Yang buat Hamka paling geram, keempat ekor kucing diberi nama, Simba, Lulu, Luna dan Nico itu seakan-akan mengerti dan memahami arahan tuannya dan hanya duduk diam ketika ‘taklimat’ diberikan. Comel je diorang ni!

Video tersebut telah dikongsikan oleh Sofiarudyy, di akaun Twitternya yang kini menerima hampir 700 ribu tontonan. Memang tular sebab comel korang. Rugi kalau tak tengok. Berulang-ulang kali Hamka tengok video ini.

Hari keenam kuarantin, bapa saya beri ‘taklimat’ kepada kucing tentang Covid-19,”

Sofiarudyy

Yang depan sekali tu paling Hamka geram. Itu duduk depan sekali tu mesti kena denda sebab kantoi bersembang waktu cikgu mengajar ye… hehehe.

Ternyata gelagat mereka buat Hamka kerana telatah diorang amat lucu, comel dan bijak. Bagi korang yang belum tengok. Jom tengok video di bawah…

Artikel berkaitan
Biar benar! Lelaki Guna Tuala Wanita Ganti Topeng Muka Lindungi Diri Dari Covid-19
Jijik! Wanita Sanggup Jilat Tandas Demi ‘Covid-19 Challenge’

Raja Lepak

Read Previous

Uniknya Cara Orang Turki Bantu Golongan Daif Ketika Musim Covid-19

Read Next

Beruntungnya! Baginda Raja Permaisuri Agong Jamu Petugas Kesihatan Dengan Masakan Air Tangannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *