Kuarantin 40 Hari?! Sanggup Ke? China Beransur Bebas Dari COVID-19

Benda ni yang Abang Bob harapkan akan berlaku kat negara kita ni satu hari nanti. Abang Bob rasa terharu dan sedih sangat.

Tapi pada masa sama, rasa happy gak. Yer laa, selepas mengharungi episode hitam, Suruhanjaya Kesihatan Hubei haritu telah buat kenyataan tiada kes baru COVID-19 yang dicatatkan dekat Hubei.

Macam yang korang tahu, Hubeilah lokasi yang menjadi titik penularan wabak yang digeruni di seluruh dunia hari ni. Tapi sekarang, Hubei telah diisytiharkan bebas wabak selepas takde langsung kes baru yang dilaporkan sejak lebih 2 minggu lalu.

Ada beberapa keping gambar yang Abang Bob tengok kat laman sosial ni betul-betul meruntun hati. Yer laa, pasukan kesihatan dan keselamatan kat sana dilhat berpelukan dan menangis kegembiraan.

Gembira sebab selama lebih sebulan, masing-masing berhempas-pulas menangani isu COVID-19 ni sampaikan mereka tak dapat berehat langsung.

Kejayaan yang dikecapi tu sebenarnya berkat usaha dan tindakan pantas yang dibuat oleh kerajaan China selepas mengeluarkan perintah kuarantin untuk mengurangkan kadar penularan.

Ternyata rupanya kaedah tu amat berkesan. Macam nie lah cara kuarantin yang menjadikan China kini sembuh daripada COVID-19.

Rata-rata hospital kat Wuhan telah meraikan kejayaan mereka selepas keadaan kembali terkawal. Disebabkan dah berjaya menangani isu wabak COVID-19 tu, mereka telah hantar sebanyak Sembilan orang pakar dan tiga tan bantuan perubatan dekat Itali untuk tolong negara tersebut.

Sebabnya, Itali sekarang tengah bergelut bila kes jangkitan COVID-19 kat sana mencanak-canak naik. Abang Bob sebenarnya agak tertanya-tanya laa jugak apa yang buatkan China berjaya ek?

Ada sorang rakyat Malaysia yang tinggal kat Chingqing, China bagitahu apa yang orang sana buat untuk basmi wabak ni. Antara yang dia kongsikan kat sini ialah, pelaksaan perintah kuarantin, bukan jer dekat wilayah Hubei dengan Wuhan, tapi di seluruh China.

Baca artikel ini: Jangan degil & Ikut Arahan! Kalau tidak, Malaysia bakal ‘lockdown’

Masa kuarantin, hanya sorang jer isi rumah yang boleh keluar untuk dapatkan barang keperluan penting setiap dua ke tiga hari.

Keperluan penting yang dimaksudkan tu macam barang-barang dapur, ubat. Selain daripada tu kalau korang nak jalan-jalan, melepak takde tujuan, memang tak dibenarkan.

Korang nak tahu ke berapa lama rakyat China dikuarantin? Selama 40 hari yer! Korang baru dua minggu dah menggelupur macam duduk dalam oven. Hahahah! Cakap orang, Abang Bob pun sama.

So, kalau dorang keluar gak, normally dorang wajib dan mesti buat perkara-perkara berikut:

  • Memakai topeng muka
  • Membawa hand sanitizer bersama mereka
  • Keluar rumah, jika pegang butang lif mereka akan sanitize tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan pegang barangan lain.
  • Tidak memegang muka terutama hidung, mata dan mulut. Jika perlu mereka akan sanitise dahulu dan menggunakan baju bahagian dalam untuk lap.
  • Selepas membeli barang, masukkan barang di dalam kereta dan sanitise tangan.
  • Balik rumah, basuh tangan dengan sabun, tanggalkan mask dan gantung di kawasan berudara untuk dipakai semula.
  • Tukar baju, basuh baju dengan air suhu 60 celcius dan terus mandi
  • Sanitise barangan dibeli termasuk plastik dan bag pakai semula
  • Sanitise kunci kereta, pemegang pintu, dan handphone.

Dorang kat China semua menggunakan e wallet. Jika gunakan duit dorang akan sanitise juga. Mungkin sedikit sebanyak info di atas dapat memberi panduan kepada kita. Abang Bob buat post ini supaya ibu ayah abang juga faham.

Kerana yang paling berisiko tinggi adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Sampaikanlah kepada ibu bapa anda supaya kurang keluar rumah.

Tak lama sekejap sahaja. Jadilah orang yang bijak belajar dari pengalaman orang lain. Cepat buat cepat habis wabak ini.

Baca artikel ini: ‘Social Distancing’ Lebih Berkesan. Buat Rakyat Tidak Sengara seperti ‘Lockdown’

Raja Lepak

Read Previous

14 Hari Dok Umah? Nah! 14 Menu Telur Berbeza

Read Next

Ada Yang Rindu Ke? Raja Bomoh Is Back Untuk ‘Pagar’ Bumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *