14 Hari Dok Umah? Nah! 14 Menu Telur Berbeza

Ada yang suka makan telur ke? Yang jenis suka makan telur macam Abang Bob ni, tekak korang mesti ok jer kalau hari-hari telan masakan telurkan? Tapi kalau hari-hari asyiuk telur goreng jer, bosan jugak.

Dah laaa 14 hari kena dok kat rumah. Tak boleh keluar sebab ikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan. So kesempatan duduk kat rumah ni, korang boleh laa masak hari-hari. Selain mengelak diri korang daripada dijangkiti COVID-19, korang juga boleh berjimat sepanjang 14 hari ni.

So kali ni Abang Bob nak kongsikan idea menu 14 jenis masakan berasaskan telur. Nanti korang boleh laa try masak kat rumah. Gerenti tak mengecewakan!

Telur pecah

Foto : Aleen Aireish

Menu ni memang sedap dan ringkas jer kalau nak buat. Bahan-bahan dia pun mudah iaitu telur, cili kisar bersama bawang merah dan putih. Kalau makan dengan nasi panas, perghhh! Tak payah lauk lain pun takpe.

Sup telur

Sup telur ni pun sedap. Ringkas yang penting sangat menyelerakan. Untuk korang yang suka masakan bersup, memang sesuai untuk korang cuba menu sup telur ni. Nak lagi sedap, tambahkan lada sulah atau lada hitam. Terangkat!

Telur goreng kicap pedas

Menu ni lagi simple nak buat. Korang just goreng jer telur tu. Tuang kicap dan hirisan bayang dan cili. Nak lagi meletup guna cili padi dan perahkan sikit limau. Alah..alah..Bertambah-tambah nasi!

Baca juga artikel ini: Meleleh Air Liur! Cepatlah Pulih Tak Sabar Makan Kat Sabah

Telur goreng campur

Menu ni sama macam masakan paprik, Cuma korang gantikan jer dengan telur. Makan memang takt oleh kiri kanan. Kalau mak mentua korang datang pun tak sedar. Hahaha!

Kari telur ayam

Menu ni agak rumit sikit kalau nak buat sebab banyak guna rempah. Tapi kalau korang yang memang handal memasak, campak-campak jer dah siap. Telur kari ni korang boleh gak makan dengan roti. Marbeles!

Telur masak kurma

Foto: #homemadebyroselyza

Menu telur masak kurma ni pun sama macam menu telur masak kari. Macam yang Abang Bob cakap tadi, masakan ni bukan masalah besar kalau korang memang suka memasak. Kalau Abang Bob mungkin agak payah jugak laa, sebab abang sendiri tak reti nak bezakan bunga cengkih dengan bunga lawang. Hahaha! Tapi serius telur masak kurma ni memang buatkan mata korang juling kalau makan.

Telur masak sos

Feberet Abang Bob kalau balik kampung. Memang inilah yang abang request kat mak suruh masakkan. Yaampun sedapnyer! Tiba-tiba teringat kat kampung. Nak balikkkk!

Telus bistik

Menu telur bistik ni kalau tak makan dengan nasi pun takpe. Makan macam tu jer. Sesuai untuk orang yang diet. Ada sayur, ayam, daging dan tentunya telur. Dapnyer!

Telur bungkus ala Thai

Menu telur bungkus ala Thai ni pun sangat mengeyangkan. Tak payah makan nasi pun tak apa. Bab nak membungkus tu korang kena hati-hati sikit. Kalau tak koyak telur korang tu nanti.

Telur tumis sambal

Foto: Azie Kitchen

Kacang! Fuhh! Berlagak tak? Hahaha! Simple jer masakan ni. Macam korang tumis sambal, lepas tu letak jer telur yang dah direbus, hias-hias sikit. Tadaaa! Dah siap.

Telur dadar beraneka rasa

Foto: Dapur Ibunda

Menu telur dadar ni menarik sebab korang boleh letak apa-apa jer kat dalam telur tu. Kalau korang kreatif, korang boleh letak isi ayam, udang atau ketam. So nanti ada rasa-rasa seafood sikit. Makan gitu cicah dengan cili sos pun dah terangkat pungkoq!

Telur goreng cencalok

Foto: Mat Gebu

Menu ni unik sikit sebab dia menggunakan cencalok. Korang pernah makan ke cincalok? Abang Bob selaku anak jati negeri Melaka mengakui, tak pandai nak makan cincalok. Hahaha! Caranya sama macam korang buat telur dadar, tapi korang campur dengan cencalok. Jangan letak banyak sangat nanti masin!

Egg Quiche

Ok menu ni ala-ala western sikit. Ubah laa selera tu kejap. Senang jer nak buat. Korang just pukul telur dengan susu dalam cawan, tambah garam. Carikkan roti dan masuk dalam bancuhan tadi. Korang boleh tambah ayam ke whatever lepastu masukkan dalam microwave selama 1 minit. Dah siap! Hehehe

Telur dadar berkeju

Foto: Amie’s Little Kitchen

Menu yang ini pun ala-ala omputeh jugak. Macam buat pie. Masakan ni dia kena guna keju. Baru laa rasanya sedap. Sekali-sekala tak salah pun nak tukar citarasa. Hehehe.

Haaa! Dah dapat idea dah? Nak makan pun susah. Korang boleh jer olah sendiri menu kat atas tu. Yang penting korang kena ada stok telur yang mencukupi. Kalau korang makan sorang takpe. Kot laa ramai pulak yang nak menumpang sekali.

Baca juga artikel ini: Murah Dan Sedap! 10 Makanan ‘Tepi Jalan’ Paling Sedap Di Dunia

Raja Lepak

Read Previous

Biar benar! Lelaki Guna Tuala Wanita Ganti Topeng Muka Lindungi Diri Dari Covid-19

Read Next

Kuarantin 40 Hari?! Sanggup Ke? China Beransur Bebas Dari COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *