Ada Yang Rindu Ke? Raja Bomoh Is Back Untuk ‘Pagar’ Bumi

Korang ingat lagi tak dulu pernah ada sorang bomoh viral yang digelar ‘Raja Bomoh’. Abang Bob ingat lagi, Raja Bomoh bernama Ibrahim Mat Zin ni dulu pernah cetuskan fenomena dengan buah kelapa dan teropong ajaibnya beberapa tahun untuk mencari pesawat MH370.

Cara bomoh tu cari pesawat yang hilang tu memang dahsyat, sampai kisahnya popular hingga ke luar negara.

Lepas dah berapa ketika sepi, kali terakhir bomoh tu muncul masa Pilihan Raya Umum Ke-14  (PRU14) lalu, kini dia muncul balik dengan tujuan untuk membantu menangani masalah penularan wabak COVID-19.

Korang ada yang rindu kat dia tak? Hahaha. Kemunculan semual Raja Bomoh tu telah jadi bualan hangat ok selepas dia muncul dan mendakwa sudah ‘memagar’ seluruh dunia daripada wabak COVID-19.

Raja bomoh mencuba sedaya upaya mamagar msia Dan dunia Dari convid 19

Posted by Persatuan Silat Silat on Rabu, 18 Mac 2020

Abang Bob tak tahu laa sama ada nak ketawa ke terharu atas ‘bantuan’ yang cuba disampaikan oleh Raja Bomoh ni.

Bukan apa, dia mendakwa telah dihubungi oleh bomoh-bomoh lain dari seluruh dunia untuk meminta bantuannya menghentikan penularan COVID-19.

Fuhhh! Hebat! Memang betul-betul hebat. Abang Bon selaku warga Malaysia memang berasa bangga negara kita ada bomoh yang sangat hebat macam ni.

Macam biasa laa guys, Raja Bomoh ni tetap dengan ‘senjata’ wajibnya, iaitu teropong untuk melakukan upacara ritual perubatan yang pernah dilakukan dulu.

Untuk ritual kali ni, Raja Bomoh tu telah menggunakan teropongnya untuk melihat keadaan dunia melalui model bumi atau globe.

Katanya, dia akan cuba sedaya upaya menggunakan globe tu untuk tepung tawar dan renjiskan air penawar bagi tujuan untuk memagar seluruh Malaysia dan menyelamatkan 32 juta rakyat kat negara ni daripada dijangkiti COVID-19.

Bagaimanapun, tindakan kontroversinya dan niat murni Raja Bomoh itu telah menarik perhatian masyarakat dan mengundang gurau senda orang ramai.

Tapi tak semua orang suka dengan apa yang bomoh ni buat. Sebab ada yang anggap, tindakan yang dilakukan Raja Bomoh ni sangat sensitif seolah-olah mempersendakan isu serius yang sedang dihadapi oleh negara sekarang.

Berdasarkan video yang dikongsi dalam laman Facebook Sultan Melaka tu, Raja Bomoh telah menyeru orang ramai untuk mematuhi arahan Perdana Menteri supaya duduk diam kat dalam rumah demi keselamatan negara.

Sambil-sambil tu, nampak gak dalam video tu bomoh tersebut turut mendoakan agar COVID-19 dapat dipulihkan dalam masa terdekat ini.

Haihhh! Nampaknya tak serik-serik Raja Bomoh ni dengan amalan ritual yang dibuat. Bukan apa, sebelum ni Raja Bomoh ni pernah mengejutkan orang ramai dengan ritual yang dibuat bersama dengan pengikutnya.

Dulu dia pernah tunjuk skill dengan bawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriah buluh kat beberapa lokasi bagi tujuan ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuclear oleh Korea Utara. Hebat tak?

Ibrahim dulu pernah janji tak nak lagi guna gelaran Raja Bomoh selepas dia didakwa atas pertuduhan menghina Islam dengan ritual yang dia lakukan tu.

Yang tidak-tidak jer laa Raja Bomoh ni. Kali ni ntah apa pulak yang dia nak buat. Mudah-mudahan COVID-19 berjaya dicegah macam yang dia nak. Sama-samalah kita berdoa.

Raja Lepak

Read Previous

Kuarantin 40 Hari?! Sanggup Ke? China Beransur Bebas Dari COVID-19

Read Next

Macam-Macam Ragam Bila Suami Ambil Alih Beli Barang Dapur. Sabar Jer Laaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *