Petang semalam memang Abang Bob malas giler nak makan nasi. Ntah laa tiba-tiba rasa takde selera. Nak demam agaknyer. Aipp! Bukan sebab COVID-19 ea, jangan nak memandai. Tengok kat dapur tepung banyak. So Abang Bob dok google-google cari resepi ringkas. Terjumpa lak macam-macam jenis cucur. So bersempena 14 hari tak payah masuk opis ni, Abang Bob nak try pelbagai jenis cucur tepung yang boleh dimakan pada waktu sarapan atau minum petang. Nak tahu cucur apa yang sedap? Baca artikel ni.
Cucur jagung
Cucur jagung yang super rangup, rasa lemak manis jagung 100%, kekal lembut walaupun dah sejuk! Paling penting cucur ni tak serap minyak. Orang bujang pun boleh buat. Ni kalau petang-petang makan cucur jagung sambil layan Spongebob Squarepants pun syok jugak ni. Hehehe
Baca juga artikel ini: Kulinari Phuket Yang Awesome
Cucur badak
Antara kuih cucur legend. Memang sangat-sangat sedap kalau pekena dengan kopi ‘o’. Perghh!! Kat dalam tu pulak ada inti kelapa pedas. Makan tiga ke empat ketul pun dah kenyang. Kalau rajin nanti Abang Bob nak try buat cucur badak ni.
Cucur ikan bilis
Tetiber teringat pulak mak kat kampung. Nak balik tak boleh. Uwarghhh! Cucur bilis ni memang terbaik dia punya rasa. Melekat rasa ikan bilis. Aduhh terus rasa nak buat petang nanti. Harap-harap laa setaraf dengan air tangan mak.
Cucur udang
Sebut cucur udang, mesti teringat bulan puasa. Selalunya kita teringin nak makan cucur udang ni bila time bulan puasa jer. Gigih cari kat pasar Ramadan. Tapi kalau beli kat luar udang dia alahaiii ceconit jer kecik. Baik buat sendiri. Silap-silap abang letak lobster kat tengah-tengah tu. Baru puas hati. Hahahaha!
Cucur balak
Pernah dengar? Nama lain dia cucur pakwe (balak). Ok gurau. Hahahaha! Abang Bob pun tak pernah dengar. Tapi antara bahan-bahannya ialah tepung gandum, air, garam, minyak dan telur. Nampak menarikkan guys?
Cucur nasi stick
Nampak macam sosej. Tapi sebenarnya cucur nasi versi stick. Budak-budak suka makan ni terutama jenis yang susah nak makan nasi. Rasa dia? Rasa macam nasi laa kot. Hikss! Cer try buat nanti.
Cucur jawa
Nak buat cucur jawa ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebab agak renyah. Kalau silap, memang tak jadi laa cucur Jawa ni. Dia jadi kuCUCURi Rahmat. Ehh!
Masakan cucur yang simple ni korang boleh jer masak kat umah. Kalau kengkawan datang, tak payah nak jamu-jamu nasi. Bagi jer makan cucur. Selain sedap cucur ni pun mengenyangkan. Tapi buat masa sekarang, kalau kawan-kawan korang datang, korang hambat jer dengan penyapu. Orang suruh duduk rumah, dia merayap kat rumah orang!
Baca juga artikel ini: Lokasi wajib “Chill” di Bali untuk tahun 2020