Berebut Beli Ganja Takut Tak Cukup Bekalan Masa COVID-19

Sejak Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac lalu, orang ramai mula panik. Panik sebab takut tak boleh keluar rumah selama dua minggu.

So masing-masing pakat berterabur pergi pasar raya untuk berbelanja barang keperluan. Lagi satu, masyarakat bimbang kalau-kalau kedai dan pasar raya juga diarahkan tutup. Nak makan apa nanti? Tapi hakikatnya, kerajaan meminta pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka untuk dibuka bagi memudahkan orang ramai membeli barangan keperluan.

Baca juga artikel ini: Tolong Faham Bahasa. Sebab Korang Nanti Orang Lain Merana

Kalau kat Malaysia ni, masing-masing bimbang kalau tak cukup barang makan. Tapi kalau kat Belanda, penduduk kat sana bukan risau kalau tak cukup makanan, tapi lebih risau kalau tak cukup bekalan ganja!

Yes! Itulah yang lebih dibimbangkan penduduk kat sana. Kalau korang nak tau, kat Belanda, penjualan ganja adalah dibenarkan.

So baru-baru ni, kerajaan Belanda telah buat ‘U-turn’ dengan mengeluarkan arahan untuk membuka semula kedai-kedai yang jual ganja hanya untuk satu hari ditengah-tengah perintah ‘lockdown’ kat sana.

Beberapa keping gambar yang tular kat media sosial, kedai jual ganja kat Belanda telah diserbu oleh orang ramai setelah diarahkan tutup sehingga 6 April nanti. Penutupan ini adalah bertujuan untuk menangani penyebaran wabak COVID-19 kat sana.

Serbuan ke kedai ganja berlaku selepas beberapa minit Menteri Kesihatan dan Pendidikan Belanda memberi sidang media dengan mengumumkan perintah ‘lockdown’ kepada seluruh Belanda yang akan memberi kesan kepada penutupan sekolah dan seluruh kedai di Belanda.

Namun, kerajaan Belanda telah mengambil langkah drastik dengan membenarkan kedai ganja dibuka hanya untuk satu hari. Dilaporkan bahawa keputusan di sebalik pembukaan semula ini adalah kerana kerajaan Belanda khuatir bahawa penutupan ini akan meningkatkan lagi aktiviti jualan ganja di jalanan. Perghhh! Nasib baik laa kat sini orang ramai lebih berebut nak beli tisu tandas berbanding ganja. Hahahaha!

Walau bagaimanapun, penggunaan ganja di kafe itu sendiri yang mempunyai ruang pengudaraan khas untuk pelanggan yang mahu menghisap ganja akan tetap diharamkan semasa ‘lockdown.’

Satu lagi tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong di Belanda, Red Light yang menawarkan kelab-kelab seks dan rumah pelacuran terkenal juga diarahkan tutup sehingga 6 April nanti.

Emang pishang laaa orang Belanda yang tak dapat beli ganja. Ntah apa-apa laa peraturan kat beberapa buah negara ni ek. Apa-apa pun, Abang Bob nak pesan kat korang semua, sentiasalah mematuhi arahan yang dikeluarkan. Ingat! Stay kat tempat yang korang berada sekarang.

Jangan nak gatal keluar merayap atau balik kampung. Dah cukup baik kerajaan Malaysia masih berlembut sebab tak ambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas rakyat yang ingkar pada arahan!

Baca juga artikel ini: Bila Masa Kami Tukar Hotel CR7 Jadi Hospital buat pesakit COVID-19?

Raja Lepak

Read Previous

Boring Laaa Duduk Kat Umah! Rasa Mereput? Meh Mulakan Langkah

Read Next

Cucur…Cucur…Cucur…Mana Satu Feberet Korang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *