Boring Laaa Duduk Kat Umah! Rasa Mereput? Meh Mulakan Langkah

Hari ni dah masuk hari kedua korang termasuklah Abang Bob yang kacak ni tak dibenarkan keluar rumah tanpa ada keperluan penting.

So far Abang Bob masih ok lagi. Lom lagi sampai tahap pishang dok kat umah sepanjang hari. Tapi tak tahu laa masuk hari ketiga dan seterusnya. Mungkin dah tumbuh kulat dengan cendawan kat badan ni.

Dua minggu woii! 14 hari tu memang lama sangat nak tunggu. Boleh ke korang tahan dok dalam rumah selama 2 minggu ni. Alah..alah..alah! Actually kalau korang duduk saja-saja tak buat apa-apa memang laa boring.

Kalau ikut hati, nak jer redah keluar rumah. Alaaa kejap jer pun nak tengok jalan raya yang lengang. Bukan selalu pun dapat tengok suasana macam ni. Betul tak?

Tapi bila fikir-fikir balik, kang tak pasal-pasal kena carut dengan Diva AA. Semalam abang ada tengok video dia memaki hamun bercampur sumpah seranah umat-umat yang degil, takmo duduk diam kat rumah, sebokkkk! Nak balik kampung.

Korang kena tahu dan sedar, pemerintah bukan saja-saja suruh korang duduk rumah. Macam yang dia cakap dalam perutusan malam tadi, tujuan korang semua dikuarantin selama 2 minggu sebab diaorang cuba nak putuskan rantaian jangkitan.

So nanti takde laa jumlah pesakit baru mencanak naik! So, Abang Bob selaku rakyat Malaysia yang mendengar kata, akur jer laaa dengan arahan kerajaan.

Tapi tu laa, ada kengkawan Abang Bob cakap,  sesiapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 6 bulan dan denda sebanyak RM1,000.

Korang rasa berbaloi tak, sebab korang jenis ketegaq takmo dengar cakap, last-last kena tangkap, masuk penjara. Kena denda lagi pulak tu RM1,000. Banyak tu!

Duit tu, daripada korang bayar denda, baik korang simpan guna untuk belanja raya nanti. Dah alang-alang korang ada kat rumah, gunakan masa yang ada tu, rajin-rajinlah buat kerja rumah apa yang patut.

Sebelum ni korang sibuk bekerja. Orang dah bagi cuti tu, korang dah boleh plan aktiviti yang korang boleh buat kat rumah. Contohnya, korang dah boleh start buat persiapan awal nak sambut puasa. Tak lama lagi kan dah nak puasa. Pastu raya pulak.

Tahun-tahun sebelum ni korang selalu dok kalut sebab prepare raya last minute. Tahun ni cer try buat persiapan awal. Tapi persiapan awal tu bukan bermaksud korang keluar bershopping sakan kat mall! Big NO!

Lagi satu, korang jangan laa pulak ada rasa marah or tak puas hati dengan tindakan yang dibuat oleh pemerintah. Malaysia, you are not alone. Gittcheww!

Bukan Malaysia jer yang keluarkan arahan macam ni. Korang patut bersyukur tau sebab tak duduk kat Korea Utara tu.

Yer memang laa jumlah pesakit COVID-19 kat sana sangat-sangat rendah. Sebab? Pemerintah diaorang keluarkan arahan sesiapa yang ingkar arahan kuarantin, akan terus ditembak mati! Loe mau kayak gitu?

Sebelum ni pun, negara Arab Saudi dah keluarkan arahan hentikan semua aktiviti termasuk kerja dari rumah selama 15 hari. Manakala untuk yang sakit dan wanita mengandung, cuti tambahan selama 2 minggu akan diberikan.

Bukan tu jer, diaorang dah lama hentikan semua aktiviti solat kat masjid termasuk solat Jumaat sebab tak nak virus COVID-19 ni merebak dengan lebih meluas.

Sebab dia tak nak jadi macam Iran yang lambat ambil tindakan. Sebab lambat bertindak, daripada 2 jer kematian pada 19 Februari haritu, sekarang ni kat Iran dan mencecah lebih 1,000 kematian dan diaorang jangka jumlah tu akan terus meningkat. Alaaa seramnyer!

Selagi pemerintah tak keluarkan arahan baru, korang duduk jer laa kat rumah yer. Sebab itu jer laa langkah yang paling selamat sekarang ni.

Berbulan-bulan korang beraktiviti, takkan 2 minggu kena stop dah tak tahan kot? Relex-relex sudah. Korang pun dah banyak terlepas episode-episod menarik drama K-Pop kan? Haaa inilah masanya! Hehehe.

Raja Lepak

Read Previous

Meleleh Air Liur! Cepatlah Pulih Tak Sabar Makan Kat Sabah

Read Next

Berebut Beli Ganja Takut Tak Cukup Bekalan Masa COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *