Tak suka bawang putih? 11 Manfaat Kebaikan Bawang Putih

Apa yang terlintas kat fikiran korang bila bercakap tentang bawang putih? Aromanya yang membuatkan nafas berbau? Atau manfaat yang ada pada bawang putih?

Seperti yang korang tahu, bawang putih memang mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Menurut kajian yang dijalankan, bawang putih merupakan tumbuhan yang memiliki sifat antibakteria. 

Bukan itu sahaja, bawang putih juga dikatakan mampu membantu mencegah terjadinya kanser. Bawang putih sememangnya sangat berkhasiat dan kaya dengan vitamin B1, B2, B3, B6, asid folik, Vitamin C, kalsium, magnesium, fostor dan kalium.

So hari ini, Abang Bob nak kongsikan 11 manfaat kebaikan yang terdapat pada bawang putih supaya korang yang tak makan bawang tu dah boleh start makan bawang putih lepas ni ok.

  • Mencegah dan mengubati selesema

Kandungan antioksidan yang terdapat dalam bawang putih sangat bermanfaat untuk menjadi agen melawan penyakit. Kalau korang terkena selesema, korang boleh cuba buat teh bawang putih. Carangnya hiris sedikit bawang putih dan rendamkan ke dalam air panas selama beberapa minit sehingga sejuk sebelum diminum. Untuk memberi tambahan rasa, korang boleh campurkan bersama madu atau halia untuk rasa yang lebih sedap.

  • Mencegah psoriasis

Psoriasis ialah masalah seperti keradangan yang kronik seperti kulit menjadi kering dan gatal. Selalunya psoriasis ini terjadi kat bahagian anggota badan terutamanya pada kaki, pinggang, lutut, siku dan kulit kepala.

  • Mengawal berat badan

Kalau korang nak tahu, bawang putih juga bermanfaat untuk mengawal berat badan tau! Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tikus yang diberi makan makanan mengandungi bawang putih setiap hari. Kajian tersebut mendapati tikus itu mengalami perubahan pada berat badannya dan lemak pada tubuhnya. So nak diet tak perlu susah-susah lagi. Korang makan jer masakan yang ada bawang putih setiap hari ok.

  • Gatal pada kaki

Salah satu manfaat bawang adalah menjadi agen anti kulat yang menyebabkan masalah kegatalan pada kaki. Caranya adalah dengan merendamkan kaki korang yang berkeladak tu kat dalam air suam yang dicampurkan dengan bawang putih yang telah ditumbuk. Cerrr try.

  • Mencegah masalah Herpes labialis

Herpes labialis merupakan masalah jangkitan virus yang sering terjadi pada bibir. Korang buat apa ek? Simptomnya apabila terdapat lepuhan kecil dan menyakitkan timbul kat bibir korang Bawang putih dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak akibat herpes labialis. Caranya, ambil seulas bawang putih dan potong sedikit untuk disapu pada bahagian yang dijangkiti.

  • Mencegah rambut gugur

Kandungan allicin yang tinggi pada bawang putih boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur. Caranya dengan menggosok bawang putih pada kulit kepala untuk mendapatkan manfaatnya. Korang juga boleh memasukkan minyak kelapa yang dicampur dengan bawang putih dan diurut pada kulit kepala. Selamat mencuba!

  • Melegakan sakit telinga

Bawang putih mempunyai sifat anti bakteria yang boleh digunakan untuk mengubati sakit telinga akibat infeksi. Caranya dengan memasukkan seulas bawang putih ke dalam telinga dan biarkan seketika sehingga reda rasa sakit.

  • Menghalau nyamuk

Sebenarnya para pengkaji sendiri tidak pasti tentang punca kenapa nyamuk takut pada bawang putih. Terdapat petua mendakwa, untuk menghalau nyamuk, ambil bawang putih dan gosok pada lengan dan kaki untuk mencegah gigitan nyamuk.

  • Membersihkan darah

Korang ada masalah jerawat pada wajah? Salah satunya sebab darah korang kotor. Untuk membersihkan darah, korang ambil dua ulas bawang putih dan rendam di dalam air panas. Minum setelah ia sejuk. Pastikan korang meminum air putih yang banyak sepanjang hari.

  • Melindungi tanaman

Selain menghalau nyamuk, bawang putih juga boleh digunakan untuk mencegah serangan hama dan ulat pada pokok. Caranya dengan mencampurkan bawang putih dengan minyak mineral, air dan cecair sabun ke dalam botol penyembur. Sembur pada tanaman untuk mencegah ulat dan hama pokok.

  • Menghilangkan jeragat

Bawang putih juga diketahui sangat bagus untuk menghilangkan parut jerawat secara semula jadi.

So dah berminat dah nak makan bawang putih?  Abang Bob tahu tak semua orang suka makan bawang putih sebab rasa dan baunya yang kuat. Tapi untuk kesihatan tak salah pun kalau korang cuba amalkan petua-petua yang Bob sebutkan di atas tu. Selamat mencuba!



Raja Lepak

Read Previous

Jangan Jadi Bodoh Sebab Selfie!

Read Next

Tiket Final EURO 2020 percuma buat rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *