Jangan Jadi Bodoh Sebab Selfie!

Budaya selfie atau swafoto telah menjadi trend ramai. Masing-masing cuba untuk mendapatkan selfie terbaik untuk mendapatkan ‘perhatian’ walaupun terpaksa membahayakan diri.

Satu survey yang dibuat mengungkap bahawa 41% daripada kita telah mempertaruhkan keselamatan semasa berselfie. Siapa yang tak teruja apabila berada di puncak gunung atau bukit yang dihiasi dengan pemandangan indah?

Tentunya masing-masing cuba untuk mengabdikan kenangan dengan berselfie walaupun terpaksa berdiri di tepi tebing yang curam semata-mata untuk mendapatkan foto yang terbaik.

Daripada survey yang dibuat, 4% daripada responden mengakui membahayakan diri sendiri dan orang lain demi sekeping foto terbaik.

Korang nak tahu tak, dalam satu ujikaji yang dijalankan oleh Case24.com terhadap 2,023 orang yang terdiri daripada 1,024 lelaki dan 999 wanita telah menemui satu jawapan.

Di dapati bahawa, kaum lelaki yang mempunyai ‘bahan bakar’ di dalam tubuh mereka iaitu testosterone lebih cenderung berani untuk mengambil risiko berbanding wanita.

Ini bermakna, 61% lelaki lebih rela menerima tentangan untuk berfoto di Kawasan berbahaya berbanding wanita iaitu sebanyak 38%. Daripada jumlah tersebut 1 daripada 10 orang atau kira-kira 11% daripada mereka maut ketika berselfie.

Laporan oleh Journal of Family Medicine and Primary Care dekat India mendapati, sebanyak 259 orang di seluruh dunia mati sebab berselfie antara tahun 2011 hingga 2017. Jumlah itu lebih tinggi berbanding orang yang mati akibat serangan ikan jerung iaitu hanya 50 orang!

Kematian akibat budaya berselfie ni semakin meningkat setiap tahun. Buktinya, pada tahun 2011 hanya terdapat 3  kes kematian, manakala pada tahun 2017, sebanyak 93 kes orang mati akibat selfie.

Walaupun terdapat kes tidak semestinya berakhir dengan kematian, tapi ada sesetengah kejadian mengakibatkan seseorang itu mengalami kecederaan serius sebab tindakan bodoh yang dia lakukan.

 Contoh, pada Mac 2019, seorang wanita mengalami kecederaan parah selepas diserang seekor harimau bintang dekat sebuah zoo di Arizona, AS.

Nak tahu sebab apa? Sebab mangsa telah masuk ke dalam kawasan kurungan binatang tu semata-mata untuk berselfie!

Dua tahun sebelum tu, seorang remaja, Aurora Genai Sheffel yang berusia 14 tahun mati lemas ketika berselfie.

Mangsa sebelum tu telah memanjat sebatang kayu ditepi pantai semasa air surut. Tapi malangnya, satu ombak besar telah datang dan menghempas kayu tersebut dan terkena kepala mangsa.

Seorang lagi mangsa, Tomer Frankfurter juga mati selepas terjatuh pada ketinggian 182 meter di Yosemite National Park. Mangsa memanjat tebing tersebut dan cuba berselfie dalam keadaan tergantung, malangnya dia jatuh dah meninggal dunia.

So guys, banyak lagi cara yang lebih selamat kalau korang nak berselfie. Abang Bob ni pun kaki selfie jugekkk tapi Bob bijak sebab tak selfie kat tempat-tempat bahaya.

Memang laa orang cakap ajal maut tak boleh diduga, tapi korang jangan laa mengundang pula! Tetiberr emo. Bye!

Raja Lepak

Read Previous

Kucing diletak luar rumah di “ngap” Python

Read Next

Tak suka bawang putih? 11 Manfaat Kebaikan Bawang Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *