Banglo Tinggal Berpuaka MinXiong

Korang ingat lagi tak kisah pasal banglo Villa Nabila kat Johor tu? Kisah tentang banglo tinggal yang dikatakan berhantu. Sebenarnya selain Villa Nabila, terdapat banyak lagi kisah seram yang membabitkan banglo tinggal.

Agak-agak korang berani tak kalau Abang Bob suruh masuk kat dalam banglo tinggal malam-malam? Abang Bob kasi laa upah RM10. Itu pun kalau korang nak la.. Hahahah!

So kali ni Abang Bob nak story sikit tentang kisah puaka membabitkan sebuah banglo tinggal di Taiwan. Kita fly jauh sikit laa yer.

Kisahnya adalah tentang sebuah banglo yang diberi nama Rumah Berhantu MinXiong. Tempatnya di MinXiong, Chiayi dekat Taiwan. Dari jauh kalau korang tengok struktur banglo ni memang menyeramkan. 

Keadaannya begitu semak-samun dan tumbuhan telah banyak tumbuh menjalar, menunjukkan ia telah sangat lama ditinggalkan.

Ditambah dengan akar-akar pokok yang besar melitupi bahagian dinding dan menerobos di setiap pintu serta tingkap menjadikan rumah banglo itu kelihatan lebih menyeramkan.

Kalau korang nak tahu, rumah banglo setinggi tiga tingkat itu telah ditinggalkan sejak tahun 1950-an lagi. Binaan rumah banglo tu memang nice guys dengan sentuhan seni bina ala Sepanyol. 

Rumah agam itu telah dibina pada tahun 1929 dan dimiliki oleh keluarga Liu yang sangat kaya-raya. Menurut cerita, pemilik rumah tu yang juga merupakan seorang tuan tanah bernama Liu Rong-Yu.

Sebab dia kaya dan mempunyai rumah besar, so dia telah menggajikan ramai pembantu rumah daripada tukang kebun sehinggalah tukang masak untuk menguruskan rumah tersebut.

Nak dijadikan cerita, tuan rumah tu telah jatuh cinta dengan salah seorang pembantu rumahnya dan telah menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan isteri serta tujuh orang anaknya. Cam drama pukul 7 pulak guys.

Tapi, skandel diaorang akhirnya terbongkar juga selepas si isteri dapat menghidu hubungan sulit suaminya. Cara dia nak balas dendam adalah dengan mendera dan memaksa pembantu rumah tersebut membuat kerja-kerja berat setiap kali jika suaminya tiada di rumah.

Nak tahu apa yang jadi? Sebab dah tak tahan hari-hari kena dera, pembantu rumah tu akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam perigi yang terletak di Kawasan halaman rumah.

Lepas jer kejadian tu guys, keluarga Liu yang sebelum ni hidup dalam suasana harmoni kini sering diganggu dengan roh pembantu rumah tersebut.

Tiap-tiap malam kononnya, Rong-Yu dan isterinya akan diganggu sehingga diaorang susah nak tidur. Sebab dah tak tahan tiap-tiap malam diganggu roh pembantu rumah tu, mereka sekeluarga akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah keluar daripada rumah agam tersebut.

Tapi sebelum tu, seorang demi seorang ahli keluarga orang kaya tu mati sama ada akibat kemalangan atau mendapat penyakit misteri. Terdapat versi lain pula guys pasal rumah agam tu.

Selepas keluarga Liu berpindah keluar, rumahnya telah dijadikan lokasi perlindungan sementara untuk sekumpulan anggota tentera.

Tentera yang berlindung kat situ pun mendapat nasib yang sama apabila seorang demi seorang anggota meninggal dunia akibat penyakit misteri.

Ada juga dalam kalangan anggota tentera tersebut membunuh diri sebab dah tak tahan menanggung derita akibat penyakit misteri tersebut. 

Sampai ke hari ini guys, orang-orang yang tinggal kat sekitar rumah agam tu mendakwa sering terdengar bunyi tangisan dan lolongan seperti orang meminta tolong .

Ada juga yang mendakwa sering terdengar suara orang ketawa di sekitar rumah agam tersebut terutamanya di Kawasan perigi yang ada kat laman rumah.

Kalau korang pergi melancong ke Taiwan jangan lupa singgah kat Banglo Minxiong yer guys. Ambil gambar banyak-banyak mana tahu korang ‘bernasib baik’ nanti. Hehehehehe..

Raja Lepak

Read Previous

Cuci Mata Jom! Singgah Kejap Kat 7 Mall Terbaik di Malaysia

Read Next

Umur 92 tahun kahwin lagi, korang mampu??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *