3 Hantu Popular Jepun Menghantui Tandas (Siri 1)

Kat Jepun mempunyai kepercayaan terhadap makhluk-makhluk yang menyeramkan, roh-roh menakutkan dan hantu-hantu yang penuh dendam. Makhluk-makhluk yang menakutkan ini dikenali sebagai ‘Yokai’.

Dalam kepercayaan masyarakat Jepun terdapat pelbagai jenis ‘Yokai’ yang berbeza-beza. Hantu-hantu ini terdiri daripada hantu yang tidak berbahaya sehinggalah kepada hantu yang boleh membunuh.

Cerita rakyat Jepun terdapat dalam pelbagai versi jenis hantu yang mendiami sesuatu tempat di negara Jepun. Ini menimbulkan persepsi bahawa setiap tempat di Jepun mempunyai makhluk mistik tersendiri termasuklah di tandas.

So untuk kali ni, min akan kupas 3 jenis hantu di Jepun popular yang menghuni tandas. Are you ready?

  • Hanako

Merupakan hantu tandas jepun yang paling terkenal. Hanako sebenarnya adalah roh dan selalu digunakan oleh kanak-kanak di Jepun untuk menguji keberanian. 

Biasanya kanak-kanak ini akan mengetuk pintu bilik mandi dan akan berkata “apakah Hanako-san ada di dalam?” Dan jika terdapat Hanako di situ, dia akan berkata “Ya aku ada di dalam”. Asal-usul Hanako sangat banyak. 

Tapi kebiasaannya, Hanako digambarkan mempunyai rambut dengan gaya ‘bob’ dan berpakaian merah. 

Ada juga pendapat mengatakan bahawa Hanako adalah hantu kanak-kanak yang mati akibat terkena bom ketika zaman Perang Dunia ke-2 sewaktu berada di sekolah.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa Hanako adalah seorang anak kecil yang menjadi mangsa kekejaman apabila dibunuh oleh orang tuanya di dalam tandas.

  • Akaname

Akaname yang bermaksud si Penjilat, adalah hantu Jepun yang dipercayai hidup di dalam tandas dengan cara menjilat kotoran dan debu yang terkumpul. Hantu ini dikatakan akan muncul dalam bentuk manusia, tetapi kulitnya berwarna merah dan melecur seperti orang yang terlalu lama berendam di dalam air panas. 

Akaname juga memiliki lidah yang panjang. Cara menghindari hantu ini sangat mudah iaitu membersihkan tandas secara teratur.

Dalam manga Neko Musume Michikusa Nikki, Akaname digambarkan sebagai budak lelaki yang mempunyai rambut perang dan berlidah panjang.

  • Noppera-bo

Juga dikenali sebagai hantu tanpa wajah. Noppera-bo suka menakut-nakutkan manusia dengan muncul di berbagai tempat terutamanya di dalam tandas wanita. 

Selalunya Noppera-Bo akan muncul secara tiba-tiba dengan menunjukkan mukanya tanpa wajah.

Hantu jenis ini juga kadang-kadang muncul dengan hanya menampakkan mulut dan gigi. Selain di Jepun, beberapa tempat di dunia juga mempunyai hantu yang dikatakan mirip seperti Noppera-Bo seperti di Hawaii, di mana hantu tersebut dikenali sebagai Mujina.

So, itu serba sedikit pasal hantu-hantu Jepun yang mendiami dalam tandas. Sebenarnya ada lagi tapi min masukkan dalam siri 2. Nak tahu kesudahannya?

Raja Lepak

Read Previous

ADA LAGI!!! Binatang Ditahan Polis kerana Jenayah (Bahagian 2)

Read Next

Ini Bukti Cinta Itu Buta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *