Siapa nak duit? Tolong Carikan Girlfriend untuk Gebhart

Orang yang dah terlalu banyak duit ni, kadang-kadang sampai satu tahap, diaorang dah tak tahu nak buat apa dengan duit yang banyak tu.

Kalau korang laaa ada duit yang banyak sampai berbilion ringgit, apa yang korang nak buat? Nak pergi melancong? Dah habis keliling dah satu dunia. Beli rumah? Dah ada 100 biji dah. Beli kereta? Pesawat peribadi?

Tapi ada satu kisah yang abam nak kongsikan ni, tentang seorang ahli perniagaan berjaya yang kaya raya. Walaupun kaya, dia mengakui bahawa hidupnya kosong sebab masih belum berkahwin dan memiliki anak.

Ahli perniagaan tersebut, Jeff Gebhart yang berumur 47 dan berasal dari Kansas dekat AS tu bagitahu, walaupun dia banyak duit, tapi sampai sekarang dia masih belum menemui wanita yang boleh dia kahwini untuk dijadikan isteri.

So, apa yang dia buat ialah, dia telah mengumumkan untuk membayar sebanyak AS$25,000 (RM104,750) untuk sesiapa sahaja yang boleh mencari seorang teman wanita untuknya. Wahhh!

Gebhart membuat pengumuman lumayan tersebut selepas dia berasa penat dan bosan mencari teman wanita melalui laman sosial, termasuk aplikasi khas untuk mencari jodoh.

Sebab dah jemu mencari teman wanita dan masih belum menemui siapa-siapa yang sesuai untuk dirinya, Gebhart akhirnya telah melancarkan sebuah laman web ‘Date Jeff G’ yang dibuka secara umum untuk sesiapa sahaja yang sudi mencarikannya seorang teman wanita.

Walaupun jumlah upah sebanyak RM104,750 itu dianggap sebagai amaun yang kecil baginya, namun ternyata pengumuman yang dibuat oleh ahli perniagaan tu telah mendapat perhatian ramai pihak.

Yer laa, orang biasa macam abam ni dengar jumlah duit banyak macam tu, kira dah kaya kot. Dalam laman web tu, Gebhart juga menyatakan kriteria dirinya iaitu dia seorang yang berfikiran terbuka, suka perkara-perkara mencabar, periang dan akan menyokong apa sahaja yang disukai oleh bakal teman wanitanya.

Kata Gebhart, dia tidak mencari wanita yang boleh melengkapi hidupnya semata-mata, sebaliknya dia mencari seseorang yang boleh meluangkan masa bersama dan saling memahami antara satu sama lain.

Ciri-ciri lain wanita yang dia idamkan mestilah seorang yang kelakar, berdikari, yakin dan yang paling penting sukakan haiwan sebab dia mempunyai seekor anjing bernama Gunner.

Apa-apa pun, Gebhart cakap matlamat utama dia berbuat demikian bukan sebab nak cari publisiti, tapi sebab dia memang benar-benar ingin menamatkan zaman bujangnya sebelum mencecah usia 50 tahun.

So korang apa tunggu lagi. Pergi laaa tolong mamat ni cari awek. Mana tahu kot korang menang RM104,750 nanti. Ahakz!

Raja Lepak

Read Previous

Bayi Terkecil Dunia seberat sebiji epal

Read Next

Murah Dan Sedap! 10 Makanan ‘Tepi Jalan’ Paling Sedap Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *