Hantu kanak-kanak Jepun, Zashiki-Warashi

Kalau kat Malaysia terkenal dengan toyol sebagai hantu yang dipercayai kanak-kanak yang meninggal dunia semasa masih bayi, kat negara Jepun pun ada juga guys hantu jelmaan kanak-kanak.

Jepun sebuah negara yang maju dan berteknologi pun masih percaya dengan kewujudan mitos dan juga kisah alam mistik.

C:\Users\Admin\Desktop\jepun 1.jpg

So kali ni min nak bercerita sikit pasal hantu kanak-kanak Jepun yang dikenali sebagai Zashiki-Warashi. Jom baca sama-sama.

Kat Jepun, antara kisah paling popular dan diketahui kewujudannya sejak zaman berzaman ialah kewujudan hantu kanak-kanak lelaki yang dikatakan membawa tuah dan kesejahteraan berpanjangan dalam sesebuah masyarakat setempat.

Kanak-kanak itu diaorang kenali sebagai Zashiki-Warashi. Zashiki dalam Bahasa Jepun membawa maksud bilik di dalam rumah tradisional Jepun, manakala Warashi pula bermaksud kanak-kanak atau seorang anak kecil.

C:\Users\Admin\Desktop\untitled.png

So nak dijadikan cerita, Zashiki-Warashi ni merupakan jelmaan seorang kanak-kanak berambut pendek separas bahu yang dipercayai boleh melindungi penghuni sesebuah kediaman zaman dahulu daripada sebarang kejadian buruk.

Hantu kanak-kanak ni dikatakan berumur dalam lingkungan 5 tahun dan merupakan seorang lelaki. Tapi min tengok gambar banyak macam perempuan jer. Manakala kelibatnya pula dikatakan hanya menjelma pada lewat malam dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh melihatnya. 

C:\Users\Admin\Desktop\jepun 4.jpg

Menurut kepercayaan masyarakat Jepun dulu-dulu, hantu kanak-kanak ni selalu dilihat berpakaian kimono berwarna biru atau putih. Bila Zashiki-Warashi ni muncul, dia akan masuk ke dalam bilik utama rumah-rumah tertentu dan akan duduk di atas perut penghuninya ketika sedang tidur.

Kalau time dia nakal sikit, Zashiki-Warashi ni akan menarik bantal tuan rumah untuk bergurau sahaja. Kalau ikutkan kepercayaan masyarakat setempat, ketika zaman pemerintahan Maharaja Meiji iaitu sekitar tahun 1868 hingga 1912, sesebuah keluarga yang kehilangan Zashiki-Warashi ini bakal menerima nasib malang selain jadi petunjuk kejatuhan keluarga tersebut.

So, mana-mana keluarga yang menerima kedatangan hantu kanak-kanak ni, dia perlu menjaga hantu tersebut sebaik mungkin sebab hantu tu akan datang semula kerana mendapat layanan yang baik

Tapi tak boleh juga bagi terlalu banyak perhatian, sebab hantu Zashiki-Warashi ni tetap akan lari. Rimas agaknya macam kena kongkong. Hahahaha. 

C:\Users\Admin\Desktop\jepun 5.jpg

Macam kanak-kanak normal lain, Zashiki-Warashi ni pun gemar bermain, dan suka menyelerakkan bantal. Kadang-kadang dia akan meninggalkan jejak kakinya dengan abu. Dah la buat sepah, buat kotor lagi tu.Ishh!

Setiap kali hantu kanak-kanak ni datang, dia akan membuat bunyi seakan muzik asli kagura, iaitu muzik asli masyarakat Jepun. Orang-orang Jepun dikatakan tidak takut pun dengan hantu kanak-kanak ni sebab tidak berbahaya. Lagi pun hantu Zashiki-Warashi ni membawa tuah.

So sangat berbeza laaa dengan hantu toyol yang ada kat Malaysia ni sebab ditugaskan untuk mencuri. Haih! Buat malu jer. Oklah korang..min nak tidur ni mengantuk menaip malam-malam. Semoga ketemu lagi ya..Daaaa..

Raja Lepak

Read Previous

Kenduri Apam Tradisi Orang Aceh

Read Next

Payung Emas lah untuk awak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *