5 tempat air terjun terbest kat Malaysia

Kalau diberi pilihan, korang suka beriadah kat kawasan pantai atau kawasan air terjun? Dua-dua best sebab dapat tengok pemandangan yang indah terbentang. Tapi min lagi prefer pergi air terjun sebab tak panas, kulit pun tak sunburn. Ahakz! Ok kali ni min nak kongsi dengan korang 5 tempat riadah air terjun terbest yang ada kat Malaysia. Let’s!

  • Air Terjun Sungai Chiling (Kuala Kubu Baru, Selangor)

Kat Selangor pun ada tempat riadah air terjun yang menarik tau. Tempatnya kat Sungai Chiling yang merupakan antara air terjun paling popular kat negeri ni. Kat situ korang akan dapat tengok keindahan dan kehijauan panorama yang tidak dapat digambarkan. Kalau nak ke sini, korang perlu merentasi sungai sebanyak 5 kali sebelum sampai. Bestkan? 

  • Air Terjun Ulu Geruntum (Gopeng, Perak)

Kalau korang sukakan aktiviti sukan lasak, korang boleh try pergi kat sini sebab ada beberapa air terjun. Kat sini ada air terjun kat Kawasan rendah dan juga dekat Kawasan tinggi. Walaupun mencabar, tapi menyeronokkan.

  • Air Terjun Lata Kinjang (Tapah, Perak)

Kalau korang nak tahu, Air Terjun Lata Kinjang ni merupakan air terjun tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 850 meter. Selain tu, air terjun ni juga popular sebab ia boleh dilihat dari Lebuhraya Utara-Selatan. Lata Kinjang mendapat nama sebab pada zaman dahulu, ada banyak Kijang kat Kawasan tu. Orang putih yang memburu haiwan tersebut telah memanggilnya Kinjang.

  • Air Terjun Giam Klimau (Miri, Sarawak)

Giam dalam Bahasa Bidayuh membawa maksud air terjun. Lokasi air terjun ni terletak tidak berapa jauh dari Gua Niah dan korang perlu melalui beberapa pos keselamatan sebab ia adalah Kawasan persendirian. Kalau korang sampai jerk at sana, korang akan dapat tengok keindahan air terjun yang jatuh ke batu. Sangat wow!

  • Air Terjun Kanching (Rawang, Selangor)

Kalau korang nak rasai pengalaman bermain air terjun di kawasan tropika dan berhampiran dengan Kuala Lumpur, korang boleh datang kat sini. Jarak Air Terjun Kanching dengan pusat bandar Kuala Lumpur Cuma kira-kira 30 minit sahaja. Apa yang menarik, kat sini terdapat 7 buah air terjun yang boleh korang singgah. So tunggu apa lagi?

Ok guys, itulah antara lokasi air terjun yang boleh korang lawati dan antara yang menarik ada di negara kita. Dah pergi nanti jangan lupa selfie tunjuk kat min okey!

Raja Lepak

Read Previous

12 Kematian tak disangka seluruh dunia (Siri 2)

Read Next

Seram mumia 3,000 tahun keluarkan suara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *