PELIK!!! Binatang Ditahan Polis kerana Jenayah (Bahagian 1)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Image result for animal in prison

Meskipun tinggal di bumi yang sama, haiwan seperti kita tahu tidak berakal dan hidup dengan cara sendiri. Realitinya kita membangunkan tamadun dengan meragut penempatan mereka. Malah keberadaan mereka dalam kelompok manusia dianggap sebagai satu pencerobohan.

Image result for animal in prison

Lebih pelik, pencerobohan dilakukan oleh haiwan zaman kini dianggap sebagai jenayah dan dalam beberapa kes aneh yang berlaku di dunia ini, sesetengah haiwan juga ditahan serta dipenjarakan di dalam sel penjara kerana mereka dianggap melakukan jenayah.

Ingin tahu apa kisah kes jenayah yang luar biasa ini, berikut adalah Kes Aneh Haiwan yang Ditahan oleh Polis;

Memerang Pencuri Pokok Krismas

Image result for beaver stole christmas tree

Memerang dikenali sebagai haiwan yang suka membina sarang mereka di kawasan sungai. Kerana mamalia ini lebih sering menghabiskan waktunya di dalam air, ia sering dilihat mengumpul ranting kayu sebagai bahan untuk membuat sarang mereka dari hutan. 

Tetapi pada bulan Disember 2016 lalu ada seekor memerang nampaknya bosan dengan ranting kayu di hutan dan memutuskan untuk memasuki kedai di St. Mary’s County, Maryland.

Di kedai yang menjual pokok krismas itu, memerang berkenaan dikatakan mula menghampiri pokok Krismas yang ada dan cuba untuk mengambilnya .

Kejadian itu dilihat oleh seorang pekerja kedai berkenaan yang kemudian menelefon pihak polis. Pihak polis berjaya menangkap memerang itu dan menahannya. 

Menurut Ketua Sheriff St. Mary County, Kapten Yingling selepas menangkap memerang, mereka mempunyai masa untuk menahannya sebentar sebelum melepaskannya kembali ke alam liar.

Dan walaupun kes ini kelihatan pelik, menurut Kapten Yingling, ia hanyalah satu bahagian dari prosedur polis dan mengatakan bahawa;

“Sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang, anda tidak pernah tahu jenis kes yang anda kendalikan esok, termasuk kes aneh seperti menangkap haiwan liar,” ujarnya.

Burung Kakak Tua Kuat Maki

Image result for parrot curse

Pada tahun 2015, polis di negeri Maharasta India terpaksa menangkap seekor burung kakak tua, setelah menerima laporan daripada seorang wanita bernama Janabi.

Wanita pertengahan usia itu berasa tidak selesa dengan burung kakak tuan berkenaan yang berterusan mengeluarkan kata makian ke terhadap Janabi.

Hasil siasatan mendapati burung yang bernama Hariyal itu, yang dimiliki oleh Suresh, anak tiri Janabi yang sengaja melatih burungnya untuk memaki ibu tirinya setelah kedua-duanya terlibat dalam pertikaian.

Tindakan Suresh itu malangnya, bukan sahaja membuat ibu tiri tidak selesa, tetapi juga orang-orang di sekelilingnya mula terganggu dengan kata-kata makian yang keluar dari mulut Hariyal. Akhirnya polis terpaksa menahan burung berkenaan, ramai penduduk bersetuju dengan tindakan polis itu.

Kes yang unik itu sendiri kemudian menarik perhatian sebuah stesen berita India, Zee News yang kemudiannya membuat liputan khas untuk menangkap burung kakak tua itu. Menjawab bagi tindakan itu, pihak polis sendiri mengesahkan bahawa tindakan itu wajar.

Mereka telah menahan Hariyal tetapi hanya untuk masa yang singkat sebelum mereka menyerahkan burung itu ke jabatan perhutanan Maharashtra. Hariyal hari ini telah dilepaskan ke taman nasional, hanya saja ia akan terus mengeluarkan kata-kata makian yang telah diajar kepadanya sepanjang hayatnya.

Raja Lepak

Read Previous

New Balance kembali Mengganas

Read Next

6 Lokasi Hiking Sesuai Untuk Newbie (SIRI 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *