Ada orang memang giler hiking. Tiap-tiap bulan atleast sekali dia akan mendaki kat mana-mana bukit atau gunung. Seseorang yang gemar mendaki ni bukan sahaja memerlukan ketahanan fizikal yang kuat, tetapi juga mental. Susah laa bhai kalau baru separuh jalan mental dah koyak.
Untuk korang yang baru cuba nak berjinak-jinak dengan aktiviti sukan lasak mendaki ni, banyak persiapan yang korang perlu lakukan. Paling penting, korang kena biasakan dulu diri untuk berjalan merintangi halangan semasa mendaki. Stamina perlu ada dengan melakukan senaman untuk melancarkan pernafasan waktu korang mendaki.
Tak adalah korang termengah-mengah pulekkk. So untuk ‘newbie’ yang baru nak start mendaki, kat sini min nak senaraikan 6 tempat hiking seluruh Malaysia yang sesuai untuk pendaki baru macam korang. Check the result!
- Bukit Broga (Semenyih, Selangor)
Bukit Broga ni terletak kat bahagian Timur Pekan Semenyih, iaitu kira-kira 4 kilometer jer menghala ke Bukit Broga. Bukit Broga ni Cuma setinggi 400 meter dari aras laut. Cun guys.
- Gunung Pulai (Kulai, Johor)
Untuk sampai kat puncak ada 2 trail atau laluan yang korang boleh ikut. Satu kat trek jalan bertar, dan satu lagi jalan trek merentasi hutan. So korang prefer yang mana? Kalau min ofcourse trek bertar. Hahahaha. Gunung Pulai ni mempunyai ketinggian mencecah 654 meter. Not bad.
- Hutan Rimba Templer (Kuala Lumpur-Rawang)
Lokasi hiking ni terletak kira-kira 21 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan Rimba Templer ni sebenarnya hutan simpan seluas kira-kira 1,214 hektar merangkumi Kawasan hutan dak riadah. Ada air terjun tau!
- Taman Eco Rimba (Bukit Nanas, Kuala Lumpur)
Siapa kata kat tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur tak ada hutan yang menghijau? Ada guys. Lokasinya kat Bukit Nanas. Taman Eco Rimba ni merupakan Kawasan hutan simpan dan mempunyai jambatan gantung. Masuk free uols.
- Bukit Jugra (Kuala Langat, Selangor)
Kat sini sebenarnya korang boleh jer drive sendiri kereta sampai ke puncak. Tapi min sarankan baik korang jalan kaki dan mendaki sendiri Bukit Jugra ni. Barulah puas hati berjalan sambal menikmati keindahan Selat Melaka.
- Bukit Batu Putih (Port Dickson, Negeri Sembilan)
Terletak kat Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dengan bayaran masuk yang dikenakan ialah sebanyak RM1. Ramai orang dating hiking kat sini sebab nak tengok pemandangan laut yang biru selain pemandangan indah waktu matahari terbit dan terbenam.
So, itulah 6 tempat hiking yang boleh dilakukan oleh korang yang baru nak menjinak-jinak untuk mendaki. Untuk bahagian kedua nanti, min akan senaraikan lagi 6 lokasi menarik untuk pendaki baru membuat aktiviti mendaki. Jangan lupa baca yer guys.