Bangunan runtuh sebab dibina pakai tin kosong?

Benda ni mungkin dah lama jadi, iaitu pada 2016. Tapi min terobek balik sebab rasa macam tak masuk akal benda macam ni pun boleh terjadi. Satu kejadian gempa bumi berlaku dekat Taiwan pada 2016. 

Boleh dikatakan gempa yang berlaku tu agak kuat jugak laaa iaitu sekuat kira-kira 6.4 pada skala Ritcher. Sebab tu banyak kerosakan yang berlaku. Bangunan yang runtuh pun banyak. 

Masa kejadian gempa bumi tu berlaku, penduduk kat Taiwan sedang sibuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. So masing-masing memang tengah beraya kat rumah saudara-mara. Raya laa katakan.

Benda yang min nak highlight kat sini ialah, selepas kejadian gempa bumi itu berlaku, pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terkejut dengan apa yang diaorang jumpa pada runtuhan bangunan.

Kalau korang nak tahu, pihak polis telah menjumpai banyak tin-tin kosong yang disemen pada bahagian dinding sebuah bangunan pangsapuri 17 tingkat. 

WHAT? Tin kosong macam tin cat’ tu, diaorang guna untuk buat bangunan pangsapuri guys. Masa kejadian tu, difahamkan terdapat kira-kira 300 orang berada dalam pangsapuri terbabit.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh DailyMail, kelihatan memang banyak tin-tin cat kosong diaorang gunakan untuk disemen pada dinding bangunan tersebut.

Kiranya tin kosong tu jadi ‘tulang’ untuk menyokong struktur bangunan yang diaorang bina. No wonder laaa bangunan  pangsapuri tu boleh runtuh. 

Selain daripada tin cat, sebuah portal iaitu Shangaist melaporkan turut kelihatan ialah tin misak masak yang juga disemen pada bahagian dalam dinding bangunan. Why laaaa! Tapi yang peliknya, pihak kerajaan kat Taiwan cakap, bangunan tersebut telah dibina secara sah dan mempunyai permit. 

Harap-harap laaa perkara macam ni tak berlaku di Malaysia. Walaupun negara kita ni bebas daripada gempa bumi, tapi kalau bangunan dibuat guna tin kosong, min tolak pakai perut min pun rasanya boleh runtuh kot? Hahahaha..

Raja Lepak

Read Previous

6 Lokasi Hiking Sesuai Untuk Newbie (SIRI 1)

Read Next

6 Lokasi Hiking Sesuai Untuk Newbie (SIRI 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *