Min rasa sangat marah bila tengok sebuah video seorang pemandu bas membiarkan seekor beruk memandu sebuah bas. Gila ke apa?? Kejadian tersebut yang dirakam kemudiannya tersebar sehingga ramai yang marah sebab tindakan bodoh pemandu bas tersebut.
Tapi dalam marah-marah pun, tak kurang juga ada netizen yang ketawa kerana rasa perkara tersebut sangat kelakar dan menghiburkan.
Bagaimanapun, gara-gara tindakan pemandu bas itu yang dikenali sebagai Prakash, dia telah pun digantung kerja kerana bertindak membenarkan beruk memandu bas berkenaan yang dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan.
Menerusi rakaman video yang dirakamkan di Bangalore, India itu, Prakash dilihat tersenyum sambal mengusap seekor beruk yang duduk di atas stereng bas berkenaan.
Memang kerja giler! Dia ingat beruk tu ada ambil lesen kelas memandu kot? Kalau laaa bas yang dipandu beruk tu hilang kawalan, tak ke menyebabkan kemalangan yang boleh berakhir dengan kematian.
Dimaklumkan, semasa kejadian, bas yang dipandu beruk itu sedang membawa kira-kira 30 orang penumpang!
Menurut jurucakap daripada syarikat pengangkutan kerajaan di negeri Kartanaka, T.S Latha, pemandu bas berkenaan telah bertindak bodoh tanpa memikirkan aspek keselamatan 30 orang penumpang yang ada di dalam bas berkenaan.
Dah tentu-tentu pemandu bas tu meletakkan nyawa penumpang bas dalam keadaan yang berisiko dan memang wajar tindakan tegas diambil.
Difahamkan bas tersebut sedang dalam perjalanan di Davangere, iaitu kira-kira 270km dari Banglore. Tapi dalam banyak-banyak komen, ada satu komen tak masuk akal pengguna Twitter yang mengatakan bahawa pemandu bas tersebut tidak wajar digantung, sebaliknya hanya perlu diberi amaran. Adik-beradik dia agaknya. Kat bawah ni min share sikit video bas yang dipandu beruk.