Bekas hospital mental yang menyeramkan

Bangunan tinggal merupakan lokasi yang semestinya akan dilabel sebagai lokasi seram nak-nak lagi kalau ia dipalit dengan sejarah hitam yang menjadikan ia dihantui. Tambahan pula jika lokasi berkenaan merupakan sebuah bekas penjara atau hospital.

Lokasi yang berkait dengan tempat adanya orang mati merupakan antara lokasi popular dan menjadi sebutan sebagai tempat berhantu. Banyak laporan portal dan berita yang menceritakan banyak lokasi seperti ini malah, terdapat juga kumpulan-kumpulan entiti yang menerjah lokasi ini kononnya nak mencari hantu.

C:\Users\Nazreen\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.MSO\7A2EACC9.tmp
Kredit: liputan6

Dunia ghaib, seperti jin dan hantu, selalu menjadi perbincangan hangat dan tarikan khusus oleh sesetengah masyarakat. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang terdapat juga individu yang merasa sukar untuk mempercayai kewujudan semangat kerana mereka dianggap bertentangan dengan pandangan logik akal.

Tetapi tidak boleh dinafikan bahawasanya banyak individu yang mencari hantu ini berpengalaman diganggu secara menyeramkan apabila berkunjung ke lokasi seumpama ini. Malah, ada footage penampakan yang muncul dalam rakaman mereka.

Image result for Rumah Sakit Jiwa, Parma, Italia
Kredit: Line Today

Jadinya min ada terbaca dalam satu portal bahawasanya terdapat satu lokasi seram yakni bekas hospital mental di Itali dikatakan sebagai lokasi seram di dunia. Menariknya selain diselubungi banyak cerita seram hospital ini turut menjadi lokasi seorang pelukis untuk mengabadikan ilhamnya.

Seorang artis jalanan bernama Herbert Baglione merangkumi kepercayaannya tentang kewujudan hantu dalam lukisan. Herbert memilih dinding dan wad yang menyeramkan di sebuah bekas hospital mental yang telah ditinggalkan di Parma, Itali.

Dengan menggunakan beberapa bahan/peralatan peninggalan bangunan itu, seperti kerusi roda dan wad lama, Herbert melukis semangat dan bentuk roh yang menghantui bangunan itu. Ia meninggalan kesan dan pengalaman lebih menyeramkan apabila lokasi yang telah lama ditinggalkan itu ditambah pula dengan seni jalanan bermotifkan hantu.

Seperti yang dilaporkan oleh Lostateminor.com, bayang-bayang hantu dengan aksen darah seolah-olah terhubung dari kerusi roda yang ditinggalkan. Di samping itu, beberapa bayang-bayang hantu dilihat memasuki bilik dari pintu retak.

Image result for Rumah Sakit Jiwa, Parma, Italia

Selepas lukisan di dinding dan lantai bangunan, dia turut melukis seni jalananya di beberapa bahagian lain di dalam hospital berkenaan. Secara psikologi, tentulah tiada siapa yang akan datang ke hospital mental

Gambar di hospital lama adalah sebahagian daripada projek besar Herbert yang dipanggil “1000 Shadows”. Bukan sahaja di Parma, Itali, Herbert juga merancang untuk melukis hantu di pelbagai tempat yang lama ditinggalkan di seluruh dunia.

Image result for Parma mental hospital, Italia

Sudah pasti tempat yang seram ditambah dengan lukisan menyeramkan bergandalah seramnya. Terdapat juga banyak versi tentang hospital ini yang difahamkan dialami oleh mereka yang melakukan ekspidisi seram di sana.

Ada yang menceritakan bahawa mereka ternampak seolah-olah kelibat pesakit yang berpakaian hospital dan ada juga memakai baju pasung. Ada yang mendengar jeritan kesakitan pesakit yang diberikan renjatan. Uihhh meremanglah bulu roma bila dengar. 

Bagaimanalah Herbert Baglione boleh ke sana dan hasilkan karya seram di situ. Min pun tak sanggup nak stay kat sana lama-lama nak-nak kat hospital tinggal. Uihh cari nahas lah konsepnya. Apa-apa pun kalau korang nak tengok karya seram tambah pula tempat tu memang seram boleh lah ke sini. Mungkin akan bagi korang experience yang berbeza dalam ekspedisi cari hantu nanti.

Raja Lepak

Read Previous

Lubuk Makanan Onz Kampung Baru

Read Next

Kulinari popular di Hatyai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *