Lokasi kafe hipster sekitar bandar Ipoh

Image result for IPOH
Kredit: Travel Triangle

Hai guys, siapa sini orang Perak, haa teman nak  nanye ke kome sume kalau-kalau tahu ler kafe hipster yang ada kat bando Ipoh? Hahaha min sebenarnya excited untuk perkongsian kali ini sebabnya kita nak cerita pasal kafe-kafe hipster di bandar Ipoh.

Ipoh sebenarnya menjadi bandar yang min sendiri suka untuk short escape (mungkin sebab jarang pergi) dan pada masa sama sebenarnya banyak tempat yang best untuk kita teroka. Tidak ketinggalan makanan-makanan di Ipoh tidak kurang hebantnya.

Sebelum ini kita dah teroka Pahang, Johor dan Melaka, jadi kali ini kita nak teropong pula kafe-kafe hipster yag ada di Perak especially bandar Ipoh. So apa tunggu lagi min pun tahu mahu berceloteh panjang lebar lets kita telan air liur sama-sama sambil baca artikel ni.

1. Burps & Giggles

Image result for Burps & Giggles
Kredit: Lamyerda
Image result for Burps & Giggles

Menampilkan konsep yang artistik, Kafe Burps & Giggles merupakan tempat yang sangat lah vintage Kafe ni memang tempat untuk orang ambil gambar sebab  banyak sudut yang menarik. Kiranya ia merupakan lokasi hipstur yang Sos Med worthy. Kalau ke kafe ini macam kita berada di dunia lain yang penuh dengan karya seni yang amazing. Menu di sini juga cukup beraneka, daripada hidangan utama, burger, pencuci mulut, pasta dan banyak lagi, semuanya enak-enak belaka. Antara menu yang wajib cuba dan menjadi kegemaran ramai ialah menu pasta. So kalau datang ke sini wajib try test dan cuba.

 Memang teruja lah kalau dapat datang ke sini pastinya selain makanan yang best, mata anda dijamu dengan dekorasi yang unik dan minda anda tak sabar-sabar nak foto-foto.

2. EightMiles Burger Banjir

Related image
Kredit: Dramafmr
Image result for EightMiles Burger Banjir
Kredit: Food Advisor

Sebut sahaja EightMiles Burger Banjir sudah pasti orang yang datang ke sini nak makan burgernya yang dikatakan superb sangat. Kafe yang membawakan konsep moden ini cukup terkenal dengan hidangan burger banjir yang enak-enak dan berpatutan harganya.

Antara burger banjir yang jadi favourite customer dan sering kali dipesan pelanggan di kafe ini ialah burger ayam, burger lembu dan burger arnab. Daging burger yang cukup segar dan sos yang pekat yang membanjiri burger . Katanya sekali makan boleh ketagih.

3. Ooi & The Comrades

Image result for Ooi & The Comrades
Kredit: Open Rice

Apa kaitan kedai gunting rambut dan kafe? Haaa ini teka-teki baru min cipta, jawapannya terdapat di Kafe Ooi & The Comrades. Dalam skop hipster ni sememangnya dua benda yang jauh bidang boleh di satukan. Macam di Ooi & The Comrades selain pelanggan boleh menikmati minuman kopi yang umph dan roti bakar serta makanan lain yang enak-enak, mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan gunting rambut. Cool kan, jadinya tiadalah kita bosan menunggu turn nak gunting rambut.

4. Konda Kondi Cafe & Bistro

Related image

Kebanyakan orang yang sering ke Ipoh dan yang menetap di Ibu Negeri Perak itu sudah familiar dengan nama Konda Kondi Cafe & Bistro. Difahamkan kafe hipster ini cukup terkenal dengan menunya yang berbagai dan sudah pasti dekorasi interiornya yang super sos med worthy.

Menu yang ditawarkan sangat enak dan pelbagai daripada pasta, burger, pencuci mulut, sebut sahaja apa yang terlintas di minda semuanya ada. Antara menu wajib cuba dan menjadi pilihan pelanggan di sini ialah Nachos El Capitan dan Chicken Chop.

5. Warteg Ipoh

Related image
Kredit: A-hotel
C:\Users\New User\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.MSO\AB087C99.tmp

Khabarnya meskipun baru di buka kafe Warteg Ipoh sudah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Ipoh dan pelancong. Kafe berkonsepkan moden ini menghidangkan makanan yang beraneka, dari Nasi Uduk ke Kimchi, malah, dekorasi dalaman restoran ini juga cukup moden dan santai. Bestlah untuk kita relax-relax.

Antara menu yang menjadi repeat order oleh customer di sini ialah Javanese Set, set yang menghidangkan udang karang yang bersaiz besar sebagai hidangan utamanya. Cukup sesuai untuk dijamu bersama kawan-kawan atau keluarga. Bagi penggila lobster mungkin sorang pun boleh lahap sampai habis. 

6. Thumb’s Café

Image result for Thumb’s Café
Kredit: VMO Rocks

Makanan barat cukup sinonim dengan kafe hipster ni. Dengar ceritanya ada satu kafe yang popular di Ipoh menghidangkan hidangan western yang legit sedap malah, harga berpatutan. Haa itulah dia kafe Thumb’s Café yang khabarnya sangat popular di Ipoh.

Mempunyai dekorasi dalaman yang cantik dan sos med worthy, antara menu yang popular di sini adalah Chicken Chop dan Meatball. Kafe ini membawakan konsep kampung yang diterjemah dalam era 70-an. Makanyanya dari luar kita nampak kafe ini macam warung dulu-dulu dan buatkan kita excited nak cuba.

7. Kafe Cakchibow

Image result for Kafe Cakchibow

Kalau nama kafe hipster ni mesti banyak yang buat kita, “erkk, nama apa tu??” kan. Haa nama di sebalik kafe ini sebenarnya sangat unik kerana Cakchibow diambil daripada perkataan ‘cakcibo’ yang bermaksud ‘pepatung’ dalam dialek Perak.

Selain mempunyai dekorasi dalaman yang superb cantik, Cakchibow Cafe, menawarkan menu yang berasaskan makanan Barat. Yang paling istimewa, kebanyakan bahan mentah seperti daging burger dan sos dibuat sendiri dan bukan jenis ‘segera’. Sebab itu rasanya tersendiri dan hanya boleh didapati hanya di Kafe Cakchibow.

8. Kafe Patisserie Boutique

Related image
Kredit: Kampungboycitygal

Kalau dengar namanya dah macam kafe di Paris yang popular dengan pastry dan dessert yang kalau tengok je dah telan air liur. Haaaa di Ipoh ni ada juga kafe yang berkonsepkan macam kat Paris iaitu Kafe Patisserie Boutique. Masuk-masuk je dah terasa macam masuk kat kafe di lokasi paling romantik dunia tu. Mana tidaknya masuk sahaja ke sini logo Menara Eiffel ada di pelbagai sudut kafe ini.

Sudah pastinya menu di sini banyak yang berasakan pencuci mulut dan pastri yang luar biasa keenakan malah semuanya dihidangkan cantik-cantik belaka rasa nak makan pun sayang. Antara dessert yang femes kat sini ialah kek Chocolate Chestnut dan Sea Salt Chocolate Cheesecake.

Ok makanya ini antara yang min rasa worth it to try lah, so kalau ada cadangan nanti roger-roger lah min yer mana tahu kita leh lepak sama-sama di Ipoh nanti.

*Sumber artikel ini dipetik daripada saji.my dan OH! Bulan

Raja Lepak

Read Previous

Dewi Lanjar Penguasa Laut Jawa Utara

Read Next

Mulakan habit menabung di tahun 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *