Orang zaman sekarang ni masing-masing nak gigi yang putih dan tersusun. So tak hairanlah bila masing-masing sanggup melabur besar pergi ke pusat-pusat rawatan gigi sebab nak buat servis veneer bagi memutihkan gigi.
Abang Bob dari zaman sekolah menengah, sampai dah cecah umur 30-an cadangnya nak pakai braces lepas tu buat rawatan memutihkan gigi. Sampai ke sudah tak buat-buat. Mahal laa!
Tapi untuk pengetahuan korang, kat Jepun, memiliki gigi berwarna hitam menjadi idaman bagi setiap wanita kat sana. Bunyi memang agak pelik, tapi itulah kenyataannya bila para wanita di Jepun berlumba-lumba untuk menghitamkan gigi masing-masing bagi tujuan kecantikan.
Bagi diaorang, gigi yang berwarna hitam dianggap sebagai satu simbol kecantikan bagi wanita di Jepun. Amalan tu dikenali sebagai Ohaguro. Budaya Ohaguro ini dikatakan sudah wujud seawal era Kofun lagi.
Ia dapat dibuktikan melalui penemuan tulang dan gigi menandakan amalan ini sudah diamalkan sejak sekian lamanya. Amalan ini turut dinyatakan beberapa kali dalam catatan-catatan sejarah termasuklah Genji Monogatari, buku popular dari abad ke-12 dan turut dianggap sebagai novel pertama di dunia.
Pada awalnya, setiap lelaki dan wanita remaja dalam lingkungan umur 15 tahun akan mewarnakan gigi mereka sebagai tanda mereka sudah menginjak ke alam dewasa.
Pada penghujung era Heian, amalan ini dikatakan sangat popular dalam kalangan wanita daripada golongan aristokrat (bangsawan), terutamanya mereka yang masih muda dan sudah bersedia untuk berkahwin. Malah, kaum lelaki turut mewarnakan gigi mereka.
Menariknya, amalan Ohaguro ini pernah diharamkan sewaktu pemerintahan Maharaja Meiji pada tahun 1870. Pengharaman tersebut menyebabkan budaya ini hampir pupus ditenggelami zaman. Pada masa kini, amalan ini masih lagi diamalkan oleh segelintir orang Jepun terutamanya Geisha untuk acara-acara tertentu.
Pasti korang semua tertanya-tanya, kenapa mereka memilih untuk mewarnakan gigi mereka dengan warna hitam? Selain dianggap cantik, terdapat beberapa sebab lain mengapa amalan ini diamalkan masyarakat dahulu kala. Mereka percaya, warna gigi yang kekuningan yang dianggap mencacatkan senyuman wanita.
Baca artikel ini: Sedap Ke? Lelaki Ini Ketagih Makan Batu Bata Dan Lumpur
So diaorang akan mewarnakan dengan warna hitam bagi menutup cela pada gigi. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk mewarnakan gigi dipercayai dapat memberi perlindungan tambahan kepada gigi. Mereka yang mengamalkan amalan ini selalunya terdiri daripada golongan atasan. Malah, samurai juga dikatakan melakukannya sebagai bukti taat setia kepada tuan atau ketua mereka.
Sejenis larutan yang dikenali sebagai kanemizu digunakan bagi mewarnakan gigi. Ia dihasilkan daripada campuran serbuk besi, cuka, teh dan wain beras. Campuran kesemua bahan ini akan menghasilkan larutan hitam yang kemudiannya disapu pada gigi.
Walaupun larutan tersebut dikatakan sangat efektif bagi mewarnakan gigi, ia mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Larutan ini juga dikatakan hanya bertahan pada gigi selama beberapa hari sahaja. Mereka yang mengamalkan amalan ini perlu mewarnakan kembali gigi mereka setelah warnanya luntur.
Pelik-pelik jer orang zaman dahulu ni. Kalaulah amalan menghitamkan gigi ni masih kekal sampai sekarang, korang boleh bayangkan tak? Cantik itu bersifat subjektif. Lain orang, lain pemahaman dia tentang kecantikan.
Baca artikel ini: Luk Thep: Patung Pukau Yang Memberi Tuah Di Thailand