Sedap Ke? Lelaki Ini Ketagih Makan Batu Bata Dan Lumpur

Seorang lelaki dekat India ketagih untuk makan batu bata dan lumpur disebabkan oleh sejenis penyakit ganjil yang dihidapinya. Biar betul? Lelaki tersebut Pakkirappa Hunagundi itu mengatakan bahawa batu bata dan lumpur telah menjadi ‘makanan’ kegemarannya sejak berusia 10 tahun lagi.

Dia yang kini berusia 35 tahun mengakui bahawa ia amat sukar buatnya untuk menghilangkan ketagihan itu. Aduh, macam mana laa agaknya rasa batu dengan lumpur tu yer? Hunagundi cakap, dia memang suka memakan batu bata dan lumpur bukan disebabkan dia tiada wang untuk membeli makanan.

Disebabkan dah jadi ketagih, dia perlu memakannya pada setiap hari dan tidak boleh berhenti. Sama seperti makanan ruji lain seperti nasi, Hunagundi telah menjadikan batu bata dan lumpur sebagai makanan wajib yang perlu dimakan setiap hari.

Katanya, selera peliknya itu sudah tentu mendatangkan kebimbangan buat ibunya sehingga wanita itu terpaksa mencuba pelbagai cara untuk menghentikan ‘rutin’ tersebut namun gagal. Kata lelaki itu lagi, orang ramai boleh memberinya ayam goreng, tetapi dia tetap akan memilih lumpur untuk dimakan.

Baca artikel ini: Memukau! 5 Gambar ‘Nature’ Terbaik Pertandingan The Nature 2020 Competition

Untuk pengetahuan korang, setiap hari Hunagundi akan memakan seketul batu bata dan tiga kilogram lumpur setiap hari untuk memenuhi ketagihannya. Doktor berkata bahawa Hunagundi kemungkinan menghidap satu keadaan yang dikenali sebagai Pica di mana ia menyebabkan seseorang itu gemar memakan objek bukan makanan dan tiada khasiat.

Mereka yang menghidap penyakit itu selalunya gemar untuk memakan pelbagai objek seperti batu, sabun dan rambut mereka sendiri.

Tambah Hunagundi lagi, meskipun mempunyai selera yang cukup ganjil, dia tidak pernah jatuh sakit atau mengalami sebarang kesan negatif. Fuhh! Manusia macam ini pun wujud kat dunia yer. Korang jangan terikut-ikut pula. Dah elok-elok boleh makan sedap-sedap, last-last korang pilih nak makan lumpur tu dah kenapa?

Baca artikel ini: Menarik! 6 Mesin Layan Diri Paling Pelik Di Dunia

Raja Lepak

Read Previous

4 Idea Jadikan Masakan Mi Segera Menarik Dan Menyelerakan

Read Next

Amalan ‘Ohaguro’ Menghitamkan Gigi Sebagai Simbol Kecantikan Orang Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *