Bagi sesetengah orang, kopi merupakan salah satu minuman yang wajib diambil setiap pagi. Tanpa kopi seakan tak bermaya pula untuk buat kerja namun pengambilan kopi terutama 3-in-1 tidak baik untuk kesihatan disebabkan kandungan gula yang agak tinggi.
Jadi untuk mereka yang ketagih dengan kopi salah satu cara yang sihat untuk menggantikan gula di dalam kopi adalah dengan menggunakan bahan yang lebih sihat. Berikut Hamka senaraikan 9 jenis pemanis yang anda boleh gantikan dalam minuman kopi anda.
1. Ekstrak Vanilla
Korang harus cuba menambah ekstrak vanilla ke dalam kopi! Walaupun tak memberi kesan manis dalam minuman seperti gula namun ianya boleh menghasilkan aroma dan rasa lebih kaya serta berlemak.
2. Madu
Selalunya madu sering dicampurkan ke dalam teh, tapi ianya boleh juga diletakkan di dalam kopi. Walaupun ianya manis dan berkrim namun madu ni lebih baik berbanding gula putih di pasaran kerana mempunyai antioksidan yang baik untuk tubuh korang.
3. Dark Chocolate
Walaupun agak mahal, namun khasiatnya seiring dengan harganya. Hanya campurkan sedikit coklat gelap dalam kopi (selalunya untuk latte), ianya akan mencair dan memberi rasa serta aroma menyelerakan.
Korang patut cuba ini di rumah!
4. Kurma
Kurma dalam kopi? Korang jarang dengar, kan? Dikenali sebagai pemanis semula jadi, jangan pula korang letak sebiji buah kurma ke dalam kopi. Lari pula rasa kopi korang nanti.
Pes kurma sangat mudah dibuat sebelum dicampurkan ke dalam minuman. Hanya kisar buah kurma bersama sedikit air, siap!
5. Stevia
Stevia ini kelihatan seperti gula, namun rasanya lebih manis tau! Ia tidak mempunyai kalori dan pastikan korang ketahui amaun sebenar kerana stevia ini sangat manis, cukup hanya beberapa taburan dalam minuman.
6. Santan
Alternatif lain untuk menggantikan kreamer adalah dengan menggunakan santan. Santan dikatakan mempunyai lemak sihat dan kalium (potassium).
7. Kayu Manis
Kayu manis sering ditabur di atas kopi latte sebagai perhiasan namun tahukah korang menggantikan gula dengan kayu manis dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan mengurangkan keradangan perut?
Namun, harus berhati hati dalam membeli, kerana mungkin anda tersalah beli jenis sebenar kayu manis ini!
8. Susu Badam
Susu badam dikatakan mempunyai lebih kalsium dan kurang lemak berbanding susu lembu. Namun, jika korang tidak gemar rasa lemak susu badam, korang boleh juga menggantikannya dengan susu kacang atau susu pisang.
9. Mentega
Jika korang pernah makan pagi di gerai atau warung kopi, mesti ada yang pernah melihat pakcik-pakcik meletakkan mentega ke dalam kopi mereka.
Mentega diletakkan dalam kopi ini baik untuk badan korang tau kerana dapat meningkatkan metabolisma dan tenaga. Harus cuba!
Kalau ada cara lebih sihat untuk minum kopi tak rugi pun mencuba kan? Jadi, apa lagi gaiss! Jom cuba buat di rumah.
Artikel berkaitan:
Ini 5 Makanan Paling Mahal di Dunia
Ini Khasiat Aiskrim Yang Ramai Tak Tahu