Nak Hati Sihat Dan Bersih? Ambil 5 Jenis Makanan Ini (Siri 2)

Haritu Abang Bob ada kongsikan 5 jenis makanan yang baik untuk kesihatan hati. Korang dah amalkan belum? Kalau sudah baguslah. Pada yang belum tu, kat sini Abang Bob nak kongsikan 5 lagi makanan yang baik untuk kesihatan hati.

1.   Lemak Ikan

Lemak ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang baik bukan sahaja untuk jantung, tetapi juga hati. Satu kajian telah mencadangkan supaya pengguna mengambil lemak ikan sekurang-kurangnya dua kali atau lebih setiap minggu. Jika ianya sukar untuk mengambil lemak ikan seperti herring atau salmon ke dalam diet, cuba ambil makanan tambahan minyak ikan setiap hari.

2.   Kacang

Kacang kaya dengan asid lemak, nutrien, termasuklah vitamin E antioksidan dan sebatian tumbuhan berfaedah yang baik untuk hati. Pengambilan segenggam kacang seperti walnut atau badam setiap hari boleh membantu mengekalkan kesihatan hati. Walau bagaimanapun, korang perlu pastikan tidak makan terlalu banyak, kerana kacang tinggi dengan kalori.

Baca artikel ini: Nak Hati Sihat Dan Bersih? Ambil 5 Jenis Makanan Ini (Siri 1)

3.   Limau Gedang

Limau Gedang mengandungi antioksidan yang melindungi hati secara semula jadi. Dua antioksidan utama yang terdapat dalam limau gedang adalah naringenin dan naringin. Naringin juga membantu keupayaan hati. Kesan perlindungan limau gedang diketahui untuk berlaku dalam dua cara, dengan mengurangkan keradangan dan melindungi sel-sel.

4.   Buah-buah beri

Buah beri mengandungi antioksidan yang dipanggil sebagai polifenol yang boleh membantu melindungi hati daripada kerosakan. Beberapa kajian menunjukkan beri biru, serta kranberi mengurangkan risiko fibrosis dan melindungi hati daripada tekanan oksidatif. Bukan itu sahaja, ekstrak atau jusnya dapat mengekalkan hati yang sihat.

5.   Anggur

Anggur, jus anggur, dan biji anggur kaya dengan antioksidan yang boleh membantu hati dengan mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan hati. Anggur terutamanya anggur merah dan ungu, mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan berfaedah. Pengambilan anggur berbiji adalah cara mudah untuk menambah sebatian dalam diet.

Nak sihat ni tak susah pun bro. Asalkan korang ada kesedaran dari awal, semua benda boleh jadi mudah. Makan tub oleh, tapi biar beringat.

Kredit: Flashpost.com

Baca artikel ini: Segar! 9 Minuman Untuk Sejukkan Badan Ketika Berbuka Puasa

Raja Lepak

Read Previous

Nak Hati Sihat Dan Bersih? Ambil 5 Jenis Makanan Ini (Siri 1)

Read Next

Resepi Susu Kurma Yang Pasti Buat Anda Tidak Lapar Ketika Berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *