Risau Batu Lesung Tumpul! Anda Wajib Cuba Tips Ini

Mak-mak kita memang setia sejak dari dahulu dengan lesung batu walaupun sudah ada pengisar dan bila selalu digunakan ia akan membuatkan menjadi tumpul. Proses menumbuk bawang, cili atau sambal belacan jadi tidak lancar gara-gara lesung dan anak lesungnya yang semakin menumpul.

Jadi, macam mana nak ‘tajamkan’ lesung batu ini eh? Jangan pandang mudah, walaupun lesung batu bukanlah perkakasan utama tapi ia sangat membantu kerja-kerja memasak.

Barulah feel nak makan sambal belacan kalau ditumbuk guna lesung batu! Macam mana nak jaga dan tajamkannya? Jadi, hari ini Hamka akan tunjukkan cara-caranya.

Bahan 1: Garam kasar

Caranya:

  1. Caranya mudah sahaja, ambil garam kasar yang bersaiz besar dan masukkan ke dalam lesung batu.
  2. Golekkan dengan penumbuknya dan tumbuk garam ini lumat.

Bahan 2: Kulit kerang

Caranya:

  1. Cara kedua pula adalah dengan menggunakan kulit kerang. Tumbuk kulit kerang sehingga hancur dan bersihkan permukaannya.
  2. Hasilnya permukaan lesung batu menjadi lebih tajam dan kasar.

Tip jaga lesung batu

Siapa kata lesung batu tidak harus dijaga dengan baik. Untuk jadikan lesung sentiasa bersih, tajam dan terjaga. Anda boleh cuba tip ini.

1.   Dibasuh bersih

Selepas menggunakan lesung batu terutama apabila menumbuk kunyit juga cili padi, pastikan dibasuh dengan bersih untuk menghilangkan bau dan warna-warna yang meninggalkan kesan pada lesung batu. Anda boleh menggunakan air limau kasturi atau limau nipis untuk menghilangkan baunya.

2.   Pastikan bahagian bawah batu lesung kering

Telungkupkan lesung batu selepas dibasuh supaya tiada air bertakung di bahagian bawahnya. Anda juga boleh menjemur atau mengelap bahagian bawah lesung batu sebelum disimpan.

Selamat mencuba gaiss! Mana tahu tips ini mampu mengurangkan anda daripada asyik bertukar lesung batu.

Artikel berkaitan:
‘Forest Bathing’ Pasti Menghilangkan Masalah & Stress Kerja
Ini Sebab Mengapa Beg Anda Sering Target Pencuri di Airport

Raja Lepak

Read Previous

Makan Kaki Ayam Kalau Nak Kulit Cantik

Read Next

Taman Tasik Elmina, Tempat Baru ‘OOTD’ Terbaik di Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *