Siapa yang tak kenal dengan pelakon asal Indonesia, Nia Ramadhani? Kalau korang layan sinetron Bawang Putih Bawang Merah versi Indonesia, mesti korang kenal dengan pelakon ni.
Abang Bob dulu cukup geram dengan si Nia ni sebab kalau berlakon asyik pegang watak jahat. Tapi sekarang dia dah tak berlakon lagi dah selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan kaya raya.
Tapi baru-baru ini, nama Nia Ramadhani Kembali diperkatakan netizen selepas tular kisahnya dipuji suami kat laman sosial.
Bukan apa guys, suaminya memuji isterinya pandai memecahkan telur! Sebelum ni, Nia memang pernah viral selepas mengaku tidak pandai melakukan tugas-tugas mudah termasuk membasuh pinggan. Lepas berkahwin, Nia mengaku dia langsung tidak pernah membuat kerja-kerja rumah, apatah lagi sejak kecil dia telah diasuh bagai seorang puteri.
Tapi video yang viral baru-baru ni memang betul-betul membuatkan netizen geram! Padahal pecahkan telur kat dalam mangkuk jer pun dah dapat pujian melambung dari suaminya. Terdahulu, Nia menolak untuk mengupas buah salak sebab dia kata tak pernah mengupas buah tersebut sebelum ini.
Baca artikel ini: Amboi… Nak Buang Sampah Kemain Glamour Lagi!
Nia telah dicabar suaminya, Ardi Bakrie untuk memecahkan telur.
“Mari kita lihat apakah kita tidak dapat membukanya,” tanya Ardi Bakrie.
“Kamu seperti orang lain,” kata Nia Ramadhani sambil memecahkan telur.
“Ciye boleh, buka telur boleh,” jelas Ardi Bakrie.
Tidak lama kemudian, akaun Instagram Ardi Bakrie segera dibanjiri komen para netizen.
“Saya sangat bangga dengan anda, Mama Nia, akhirnya saya dapat memecahkan telur,” komen akaun @idhayhidayat.
“Hanya itu yang saya banggakan,” jelas netizen lain @ryiskayakirah.
“Pada mulanya ia lucu setelah sekian lama,” tambah akaun @indiradrhm.
“Saya terharu melihat Nia Ramadhani dapat membuka telur,” kata netizen @okikuswani.
Sungguh terharu melihat Nia Ramadhani akhirnya dapat pecahkan telur. Mungkin perkara ini dilihat biasa oleh orang kebanyakan tetapi buat insan seperti Nia.
Abang Bob harap korang tidak mengecam pelakon Nia Ramadhani ini. Sebab kemampuan setiap orang itukan berbeza-beza.
Baca artikel ini: Kreatif! Pil Viagra Jadi Aksesori Menarik