Sepanjang PKP ni mesti ramai antara kita yang sememangnya kaki jalan atau kaki pancing. Hamka tahu korang dah ‘gian’ untuk lepak di tepi laut, kan? Mana taknya, sambil melepak bersama keluarga menikmati keindahan pantai dapat juga menghabiskan masa dengan memancing ikan-ikan laut.
Korang tahu tak sebenarnya di Pulau Marina, Lumut, Perak ada sebuah destinasi khas untuk kaki pancing yang ingin membawa keluarga mereka bercuti. Bak kata orang ‘si ayah dapat memancing, si ibu dan anak pula dapat bercuti’!
Terdapat sebuah chalet yang dibina di pulau ini dengan berkonsepkan homestay dan kontena yang sudah diubah suai menjadi cantik serta sangat selesa untuk dihuni oleh seisi keluarga yang dinamakan sebagai Rockbund Fishing Chalet.
Kredit: Rockbund Fishing Chalet
Di hadapan chalet ini disediakan khas beberapa deretan ‘pelantar kecil’ untuk digunakan oleh kaki pancing bagi memacak joran masing-masing.
Chalet berkenaan turut dilengkapi dengan kemudahan dewan, kafe dan barbeku, namun di kawasan chalet terbabit tidak sesuai untuk bermandi-manda dan jika ingin melakukan aktiviti air korang terpaksa memandu ke destinasi lain seperti Teluk Batik.
Kalau tak nak bermalam pun, korang masih boleh menikmati makan malam di kafe chalet berkenaan sambil menikmati pemandangan senja yang cukup indah.
Bagi mendapatkan cenderamata, korang boleh memandu sejauh 12 kilometer ke pekan Lumut untuk membeli-belah cenderamata atau hasil laut kering untuk dibawa pulang. Hah, pasti dekat rumah tu ada yang dah teruja kan. Chill gaiss! Lepas PKP nanti kita pi bercuti di sini.
Artikel berkaitan
Cool Giler! Cyberjaya Miliki Tempat Lepak Berkonsep ‘Urban Nature’
‘Terbang’ Di Sungai Congkak? Rugi Kalau Tak Cuba!