Jom Cuba Resepi Seminit Pasta ‘Bujang’

Hari ini, dok cuba jugak masakan kelainan dengan bahan-bahan yang ada. Maka terilhamlah ‘Pasta Bujang’ yang hanya menggunakan 4 bahan sahaja iaitu pasta, mentega, telur dan kicap. Nama pun pasta bujang kan… Sesuailah dengan keadaan dan kos yang tidak terlalu besar.

Sebelum kita mulakan dengan resepi, suka nak tekankan yang anda boleh gunakan apa sahaja jenis pasta yang ada di rumah contohnya Spagheti, Macaroni, Fusili dan lain-lain. Cuma untuk perkongsian hari ini, yang ada di rumah adalah jenis spiral pasta atau dipanggil Fusili.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/03/20/node-5253/shutterstock_270266081.jpg?itok=w16mxPdH

Bahan-bahan:

  • ­Fusili – satu mangkuk kecil (boleh tukar apa sahaja jenis pasta)
  • Mentega – untuk bagi rasa lemak dan masa panaskan kuali
  • Telur – 2 biji
  • Kicap manis

Cara-cara:

1.   Rebus pasta pilihan anda sehingga empuk.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/03/20/node-5253/DSC04705.JPG?itok=jXrCUYbU

Masukkan secubit garam supaya ia lebih cepat masak.

Tips nak tahu pasta dah masak: ambil satu, campak ke dinding dapur (dinding berjubin), sekiranya melekat, dah masak lah tu.

2.   Toskan pasta tersebut

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/03/20/node-5253/DSC04718.JPG?itok=eNY0EqdB

3.   Panaskan kuali leper (apa jenis kuali pun boleh). Macam tadi, saya gunakan periuk yang sama untuk merebus pasta.

4.   Masukkan sedikit mentega. Ini untuk dijadikan minyak masak sebenarnya. Dan bagi pasta kita jadi lemak sikit rasanya nanti.

5.   Masukkan pasta yang ditoskan tadi ke dalam periuk / kuali. Gaul dan ratakan dengan mentega.

6.   Pecahkan dua biji telur dan gaulkan sehingga telur meliputi keseluruhan pasta.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/03/20/node-5253/DSC04724.JPG?itok=07qasTMk

7.   Masukkan kicap manis secukup rasa. (Boleh tambah sos tomato atau sos cili kalau nak pedas)

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2020/03/20/node-5253/DSC04725.JPG?itok=08Bo70pO

8.   Sedia untuk dimakan

Sempoi je resepi bujang kita ni. Untuk makan seorang. Kalau untuk lebih, sama juga, cuma perlu banyakkan telur dan kicap untuk naikkan rasa. Boleh juga untuk tambahkan sedikit margerin atau planta bagi menambahkan rasa lemak pada pasta anda nanti.

Kalau nak tambah hirisan ayam atau sayur pun boleh. Rebuskan sekali dengan pasta tadi (langkah 1), masukkan di langkah 5 sebelum masukkan pasta.

Artikel berkaitan
11 Makanan Tradisi Perak Hampir Pupus
Kecur Air Liur! 12 Durian Ini Wajib Anda Cuba

Raja Lepak

Read Previous

Pulau Poveglia Saksi Ribuan Mayat Terbuang

Read Next

8 ‘Port’ Sarapan Yang Bukan ‘Kaleng-Kaleng’ di Bangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *