Memang betul-betul menakjubkan. Kalau laa Abang Bob ada banyak duit, teringin gak nak ada sebiji rumah agam yang mewah. Tak salah berangankan? Tapi rumah yang Abang Bob ada sekarang ni pun dah cukup bersyukur dah.
Kisahnya kat India, ada seorang ahli perniagaan kaya bernama Vijay Mallya telah membina sebuah rumah agam mewah kat puncak sebuah bangunan pencakar langit bernilai AS$20 juta (RM87 juta).
Tapi sayang rumah agam mewah tu tak dapat disiapkan dan terbengkalai sehingga kini sebab masalah kewangan.
Apa yang mengkagumkan, rumah agam yang dibina tu dibangunkan dengan mengambil inspirasi daripada bangunan White House dekat Washington, AS.
Baca artikel ini: Pesakit Covid-19 Poland Wajib Hantar ‘Selfie’ Sepanjang Tempoh ‘Home Quarantine’
Vijay ni merupakan Pengarah bagi syarikat United Breweries Group dan menjadi salah seorang individu paling berpengaruh kat India.
Memang gempak betul rumah agam yang dia bina kat atas puncak bangunan Kingfisher Tower dekat Bangalore dengan Kawasan seluas 40,000 meter persegi. Masa mula-mula dia nak bina rumah tu pada 2010, ramai juga laa orang yang menentang sebab dianggap keterlaluan.
Tapi impian taikun tu nak mendiami kediaman mewah di atas puncak bangunan nampaknya tak kesampaian apabila dia dikatakan mengalami masalah kewangan ekoran kemerosotan ekonomi dalam syarikatnya.
Nak dijadikan cerita, bangunan tu pun terbengkalai dan gagal disiapkan sepenuhnya.
Kat dalam rumah agam tu pula Abang Bob rasa dah macam hotel dah. Kolam renang jer ada dua buah, termasuk sebuah kolam air panas indoor, gymnasium, salon, spa dan panggung wayang.
Sayang jer, dah buat cantik-cantik dan dah nak hamper siap, tapi pemiliknya pula sekarang ni dikhabarkan telah melarikan diri ke UK sebab tak mampu nak bayar pinjaman yang dibuat.
Tak dapat dipastikan pula sama ada Vijay akan kembali semula ke India atau tidak. Tapi menurut media tempatan, kalau usahawan itu pulang, dia bakal menerima hukuman undang-undang atas dakwaan penipuan.
Habis tu, rumah agam yang dah hamper siap tu siapa yang nak duduk?
Baca artikel ini: Kereta Porsche Dilanggar, Tapi Pemiliknya Cuma Minta Ganti Rugi RM3 Jer