Pesakit Covid-19 Poland Wajib Hantar ‘Selfie’ Sepanjang Tempoh ‘Home Quarantine’

Kebanyakan negara-negara di dunia yang diancam wabak Covid-19 kini sedang melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi membendung penyebaran wabak daripada terus meningkat dan sememangnya kita perlu duduk di rumah.

Namun, Hamka kagum dengan kerajaan Poland yang mencipta satu aplikasi bagi memastikan pesakit positif Covid-19 yang dikuarantin sentiasa berada di dalam rumah sepanjang “Home Quarantine”.

Kredit : Getty Images

Caranya, mereka yang dikenakan kuarantin perlu menghantar selfie diri mereka sendiri melalui aplikasi Home Quarantine bagi memastikan yang mereka berada di dalam rumah.

Buat maklumat korang, “Home Quarantine” ini dilaksanakan selama 14 hari bagi mengasingkan sesiapa sahaja yang baru pulang dari luar negara.

Mereka ini akan diminta untuk memuat turun aplikasi tersebut dan perlu mematuhi perintah kuarantin dengan berswafoto sekali-sekala.

Kredit : ABC

Mereka perlu menghantar ‘Geo located selfie’ dalam masa 20 minit selepas menerima mesej secara rawak. Jika gagal, pihak polis akan datang ke rumah untuk tindakan susulan.

Sesiapa sahaja yang dikenakan perintah kuarantin ini mereka mempunyai dua pilihan sama ada menerima lawatan mengejut dari pihak polis atau memuat turun aplikasi tersebut. Kalau Hamka, saya pilih nombor dua lah… hehe.

Sedikit info buat korang, Poland kini mencatatkan lima kes kematian dan 425 rakyatnya positif wabak ini dan pihak polis sebelum ini mendenda sebanyak RM519 terhadap seorang individu yang dikuarantin dek kerana melanggar peraturan.

Artikel berkaitan
Jordan Guna Khidmat Bas Agih Roti Dek Kerana ‘Lockdown’?
Uniknya Cara Orang Turki Bantu Golongan Daif Ketika Musim Covid-19

Raja Lepak

Read Previous

Tak Kisah Bergadai Nyawa, Biby Nekad Kembali Bertugas Sebagai Jururawat Walaupun Telah Bersara

Read Next

Tabik Spring! Abam Polis Tak Sampai Hati Abaikan Tiga Beranak Kelaparan Ketika PKP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *