Dah seminggu dah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan. Hari-hari dok kat umah, skrol media sosial mesti korang perasan air Dalgona Coffee yang tengah letop viral sekarang ni. Korang dah try buat lom?
Orang kata senang jer nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple dan murah. Abang Bob plan petang ni nak try buat. Bosan doh kat umah!
Orang yang kuat berjalan macam Abang Bob ni, ibarat ‘patah kaki’ duduk kat rumah. Asyik-asyik bukak tutup pintu peti sejuk jer.
Nak kata mengemas rumah, berkilat dah lantai rumah hari-hari dok mengemop. Tak pernah-pernah rajin macam ni, sejak kena kuarantin dalam rumah, tetiber jer rajin nak pegang penyapu, mop, vacum.
Dah alang-alang takde benda nak buat, so petang ni nak try laa buat air yang tengah viral tu.
Tapi dalam pada panik dengan keadaan sekarang, sempat jugak korang yer para netizen-netizen Malaysia memviralkan minuman popular dari Korea, Dalgona Coffee.
Kalau sebelum ni heboh pasal Boba Tea, lepas dah senyap, timbul pulak air lain dipanggil Dalgona Coffee.
Alahaiii macam-macam laaa korang ni. Sampai Abang Bob pun terjebak sama. Kekekeke. Sejak beberapa hari lalu, penuh kat ruang Facebook pasa penangan air Dalgona Coffee ni.
Baca artikel ini: 14 Hari Dok Umah? Nah! 14 Menu Telur Berbeza
Dah alang-alang viral, korang yang tengah pisyang kat rumah tu boleh laa mengisi masa terluang dengan mengasah bakat membuat sendiri air kopi viral tu.
Dalgona Coffee ni mempunyai tekstur yang lemak, gebu dan berbuih pekat, dan ia dikatakan sama seakan buatan pakar saji kopi kat kedai mahal.
Di sebabkan tak ley kuar, korang bancuh jer laa sendiri Dalgona Coffee n ikat rumah. Cara membuatnya pun mudah dan hanya memerlukan bahan asas yang simple jer.
Sebelum tu, Dalgona Coffee ni start viral kat tiktok bila ramai yang buat kopi tu dan upload kat tiktok masing-masing. Pastu viral pulak kat Twitter bila ramai yang dah mencuba. Last sekali viral kat Facebook pulak bila netizen dah start kecoh pasai air ni walaupun sedang berdepan dengan isu yang lebih besar, iaitu COVID-19.
Abang Bob malas nak membebel panjang, hari ni sepanjang hari asyik berleter jer. Dah, jom Abang Bob tunjukkan cara-cara nak buat air yang telah viral sekarang ni. Antara bahan yang korang perlukan ialah:-
- 2 sudu serbuk Nescafe
- 3 sudu gula
- 3 sudu air panas
- Susu kotak penuh krim
- Ais
Haaaa..itu-itu jer bahan dia. Kalau nak rasa yang lagi ‘mahal’, korang boleh gunakan Nescafe Gold. Pastu untuk korang yang tak suka manis, koramg kurangkan jer gula tu. Apa susah? Korang pandai-pandai laa adjust ikut tekak masing-masing.
Ok next, cara membuat Dalgona Coffee ni pulak. Sangat simple dan mudah. Cara-caranya
ialah:-
- Bancuh nescafe besama gula dengan sedikit air panas
- Pukul atau gaul bantuhan tu sehingga jadi pekat dan berbuih
- Tuangkan susu kotak full cream kat dalam gelas yang berisi ais
- Letak campuran Nescafe yang dipekatkan tu kat bahagian atas gelas yang berisi susu tadi
- Untuk hiasan, tabur sedikit Nescafe kat atas krim berbuih tu. Tadaaa!! Siap.
Simple sangatkan? Korang mungkin takkan dapat buih kopi yang sama macam yang korang beli kat kedai, sebab diaorang guna mesin bancuhan. Melainkan kalau korang pukul bancuhan Nescafe tu guna mesin pemukul yang biasa orang guna nak buat kek tu.
Selain kopi, korang juga boleh guna koko, milo atau flavour 3 in 1 yang ada kat kedai macam flavour cappuccino, hazelnut, teh Tarik dan lain-lain lagi untuk pilihan rasa yang pelbagai.
Harap-harap lepas ni korang tak tepu laa dok umah lelama. Mana tau lepas dah prektis banyak kali, habis jer Perintah Kawalan Pergerakan ni, korang nak boleh buat bisnes jual Dalgona Coffee ni. Kan? Selamat mencuba!
Baca artikel ini: Meleleh Air Liur! Cepatlah Pulih Tak Sabar Makan Kat Sabah