Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan ini Hamka yakin bukan sahaja syarikat-syarikat besar malahan syarikat kecil dan peniaga-peniaga kecil pun yang sememangnya bergantung pendapatan pada hasil jualan mereka kini berdepan detik getir dan runsing.
Tidak ketinggalan juga, kesian Hamka melihatkan kepada bakal mempelai yang sudah merancang majlis perkahwinan mereka dalam masa terdekat ini dan mesti telah dirancang sejak sekian lama pasti korang menjadi gusar memikirkan hal berkenan. Mana tidaknya, mesti siapa yang terkena ni terpaksa menanggung kerugian apabila kenduri kahwin terpaksa dibatalkan begitu sahaja.
Namun, dekat Malaysia ni, terdapat pasangan pengantin yang bagi Hamka, pehh tema dia sangat rare dan yang paling penting, sesuai dengan situasi masa kini yang sedang berlaku di seluruh dunia dan konsep ini mungkin boleh menjadi idea bagi sesiapa yang ingin berkahwin dalam masa terdekat ini.
Perkongsian menarik itu telah dimuat naik oleh Dinas Bridal yang memaparkan mengadakan majlis perkahwinan mereka dan pasangan mempelai itu menggelarkan tema majlis perkahwinan mereka sebagai ‘Drive-Thru’ disebabkan para tetamu yang hadir yang perlu duduk dalam kereta dan tidak perlu berkumpul beramai-ramai.
Salam hormat & Amat Mematuhi langkah berjaga Covid-19
Sesuai dengan temanya, tetamu tidak perlu langsung turun apalagi untuk pergi bersalaman sendiri dengan mempelahi pasangan pengantin dan tetamu hanya meletakkan tangan didada sebagai salam hormat dan mereka tidak perlu bersentuhan dan berjabat tangan dengan para tetamu yang hadir.
Tak perlu salam ‘keruk’…Terus Masuk Terus Pada Kotak Sumbangan
Tiada langsung meja makan mahupun upacara-upaca majlis perkahwinan dijalankan malah pasangan pengantin sendiri menyerahkan makanan yang sudah siap dibungkus kepada tetamu yang datang. Selain itu, adat ‘salam keruk’ mereka gantikan dengan hanya menyediakan kotak yang dinamakan sebagai ‘Tabung Sumbangan’.
Sekiranya para tetamu yang datang berhasrat untuk memberi sumbangan kepada pasangan pengantin hanya boleh masukkan wang itu saat tetamu hendak berlalu pergi dengan kenderaan mereka.
Bagi Hamka, perkara yang dilakukan ini sangat bagus. Boleh sangat tau dilakukan oleh pasangan pengantin yang ada buat kenduri dalam masa terdekat. Daripada membazir burn duit begitu sahaja, lebih baik buat begini korang namun titipkanlah penjagaan yang sempurna korang supaya pembaca pembaca Hamka tidak dijangkiti dengan Covid-19
Selamat Pengantin Baru!
Artikel berkaitan
Ini Kucing Kedut Bukan Sebarangan, Xherdan Sangat Popular Di Media Sosial
Selamba lunjur kaki dalam kapal terbang