Konvokesyen Di UNNES, Graduan Perlu ‘Sembur Dulu Sebelum Salam’ Demi Cegah Covid-19

Hamka lihat kini pelbagai pendekatan dan cara yang diambil oleh orang ramai di seluruh dunia bagi melindungi diri mereka dari dicemari dengan wabak koronavirus. Ada yang salam pakai kaki, ada yang tenung saja, macam-macam ragam Hamka tengok

Namun, bagi Hamka walaupun ada yang pelik namun pendekatan yang dilakukan mereka itu bagus sebab sememangnya dapat menghindari virus daripada tersebar. Tidak kurangnya seperti sebuah Universiti Negeri Semarang (Unnes) di Jawa Tengah, Indonesia yang menggunakan cecair pembasmi kuman.

Rakaman video yang dimuat naik di Twitter unviersiti @yeahmahasiswa tersebut dengan kapsyen, ‘sembur dahulu sebelum berjabat tangan. Cara sederhana antisipasi penyebaran COVID-19 saat wisuda dari UNNES’ itu kini tular di laman sosial.

Video berdurasi 11 saat itu menunjukkan graduan program Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana dan Diploma beratur pada majlis konvokesyen ke-101 beratur dan disembur cecair pembasmi kuman sebelum bersalam dengan canselor mereka.

Menurut laporan yang Hamka baca menerusi Tribun News, perkara itu nyata terjadi dan telah pun disahkan oleh Ketua Unit Hubungan Masyarakat Unnes, Muhammad Burhanudin yang menurutkan tindakan itu dilakukan bagi menggalakan penjagaan kebersihan disebabkan wabak Covid-19 yang semakin mengganas.

Rata-rata netizen di Twitter memuji usaha universiti berkenaan kerana menjadi kaedah terbaik membendung wabak Covid-19 di negara itu. Indonesia kini mencatatkan kes pertama kematian akibat Covid-19 apabila seorang wanita warga Britain berusia 53 tahun yang dirawat di hospital di Bali meninggal dunia pada Rabu lalu.

Setakat jam 11 pagi, video berkenaan telah ditonton sebanyak 257,000 tontonan sejak dimuat naik baru-baru ini. Jadi, korang Hamka nak nasihatkan korang perlu lebihkan dan menitip beratkan penjagaan kesihatan. Tahu tak semalam sahaja kes Covid-19 naik sehingga 190 orang tau.

Bagi sesiapa merancang untuk bercuti atau melakukan aktiviti yang melibatkan orang ramai, batalkan niat korang. Jangan sebab korang teruja tiket murah nyawa korang dalam bahaya selepas itu.

Raja Lepak

Read Previous

Rambut ‘birthday boy’ Disambar Api Gara-Gara tiup api lilin kek hari jadi

Read Next

Tak perlu ‘Salam Keruk’, Majlis Kahwin ‘Drive Thru’ Trending Sempena Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *