Part 1 yang lalu Abang Bob dah senaraikan pilihan top 10 lokasi bulan madu popular di Malaysia. Kali ni Abang Bob senaraikan lagi 10 tempat yang korang boleh pergi untuk berbulan madu juga di Malaysia. Jimat guys. Jom Semak!
- Pulau Perhentian, Terengganu
Pulau ni terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Jika anda menyukai night life dan tempat yang sedikit happening, Pulau Perhentian Kecil adalah jawapannya. Tetapi jika anda lebih memilih ketenangan dan mahu snorkelling sepanjang hari maka sebaiknya memilih Pulau Perhentian Besar. Terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti scuba diving, melawat Kincir Angin D’Lagoon dan melihat habitat penyu.
- Pulau Redang, Terengganu
Seperti pulau-pulau yang lain, Pulau Redang juga menyajikan aktiviti air seperti snorkeling dan scuba diving. Bezanya di Pulau Redang ini mempunyai lebih banyak pantai yang indah yang boleh dilawati dan diterokai seperti Pantai Pasir Panjang, Pantai Telok Kalong, Pantai Teluk Dalam, Pantai Pasir Mak Simpan dan Pantai Pasir Mak Kepit.
- Pulau Lang Tengah, Kuala Terengganu
Pulau ini kurang popular berbanding pulau-pulau yang lain, tapi kalau korang nak tahu, Pulau Lang Tengah ini sebenarnya adalah pulau yang tercantik di Malaysia. Air lautnya jernih bak Kristal, pantainya putih bersih bak mutiara dan hutan tropika yang menghijau indah. Disebabkan pulau ini tidak begitu terkenal maka tidak ramai yang berkunjung ke sini . Jika sukakan ketenangan dan dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi maka korang wajib honeymoon di sini.
- Pulau Sibu, Johor
Nama sahaja Sibu tetapi ianya terletak di Johor. Pulaunya kecil sahaja iaitu kira-kira 6km panjang. Pulau Sibu ini sarat dengan hutan hujan yang subur menghijau berserta rentangan pantai berpasir yang putih dan kebiruan air Laut China Selatan yang sangat jernih dan menawan. Terumbu karang yang terdapat di Pulau Sibu ini merupakan antara yang tercantik di Malaysia. Memang seronok kalau lakukan aktiviti snorkelling.
- Pulau Pinang
Pulau Pinang adalah salah satu destinasi berbulan madu di Malaysia yang cukup popular. Destinasi wajib yang perlu anda lawati ketika ke Pulau Pinang sudah tentu Bukit Bendera diikuti pula dengan tempat menarik yang lain seperti Upside Down Muzium, Ghost Muzium, Fort Cornwallis dan Pantai Baru Feringgi. Jika makanan pula, tidak lengkap rasanya jika ke Pulau Pinang tetapi tidak pekena Nasi Kandar kerana ia adalah signature makanan orang Penang.
- Kuching, Sarawak
Berbulan madu di Kuching pasti memberikan pengalaman menarik buat pengantin baru terutamanya yang berasal dari Semenanjung. Pasti korang akan teruja melihat tempat honeymoon di Sarawak yang cantik dan indah ini. Tempat wajib yang harus korang kunjungi ialah Kampung Budaya Sarawak, Kuching Waterfront, Jambatan Darul Hana, Taman Negara Bako, Fort Margherita dan Muzium Kucing. Terdapat banyak juga pilihan makanan yang unik yang sangat sukar didapati di Semenanjung seperti mee kolok dan laksa Sarawak.
- Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Pahang
Sesuai dengan namanya yang indah, Colmar Tropicale merupakan antara tempat honeymoon di Malaysia yang wajib anda pilih. Panaroma dan suasananya akan buat anda terasa seolah-olah berada di Jepun. Di sini ada perkhidmatan sewa kimono maka anda bolehlah bergambar puas-puas dan terasa seperti berada di Jepun. Sushi dan gaya urut jepun iaitu di Tatami Spa juga boleh didapati di sini.
- Masbro Village, Paya Rumput, Melaka
Reka bentuk homestay kat sini berwarna-warni dan unik. Ia pasti akan membuatkan korang terasa seperti di Australia. Masbro Paya Rumput ini boleh muat sehingga 6 orang tetapi untuk korang yang datang untuk berbulan madu pasti ianya terasa lebih luas apabila hanya perlu berkongsi berdua orang sahaja. Homestay ini dibina dalam kawasan berpagar dilengkapi microwave, aircond dan peti sejuk. Jika nak mandi pun ada swimming pool tidak jauh dari homestay korang tu.
- Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang
Antara list bulan madu mesti korang teringin nak ke Maldiveskan? Korang jangan risau kerana di Malaysia juga terdapat pulau yang mirip dengan yang ada di Maldives cumanya lebih jimat dan lebih dekat. Tempatnya dekat Japamala Resort di Pulau Tioman. View dia lebih kurang sama jer macam kat Maldives. Air dia jernih sampai korang boleh nampak dasar laut.
- Eagle Ranch Resort, Port Dickson
Jika inginkan kelainan dan cabaran, korang boleh ke resort ini. Korang dan pasangan akan tidur di dalam teepee dan akan terasa seperti berada di Amerika masa zaman koboi. Reka bentuk resort ini sangat unik dan menarik yang pastinya akan memberikan pengalaman yang sedikit berbeza buat pasangan pengantin. Di sini korang juga berpeluang untuk menunggang kuda.
Nak berbulan madu tak perlu kot nak pergi jauh-jauh lagi. Kat Malaysia pun banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh terokai. Jimat sikit duit belanja lepas-lepas kahwin ni. Asalkan korang saling sayang-meyayangi, kat rumah pun korang boleh jer berbulan madu sebenarnya.