Membeli-belah selalunya dijadikan salah satu rawatan terapi minda. Katanyer! Mostly yang suka bershopping ni orang perempuan. Tapi ada juga lelaki yang kaki shopping.
Kalau Abang Bob, dapat cuci mata pun dah kira ok dah memandangkan dompet tak berapa nak mengizinkan. Alaaa actually tak kisah pun kat mana-mana sama ada mall biasa atau mall mewah, korang boleh jer membeli-belah. Aku punya duit, kau yang panas! Gittewww..
So today Abang Bob nak senaraikan 6 buah pusat membeli-belah terbaik yang ada di Malaysia. Jom cuci mata.
- Pavillion
Terletak di Jalan Bukit Bintang. Dibuka sejak tahun 2007 dan menjadi salah satu mall paling besar dan lengkap di Malaysia. Kat sini korang boleh jumpa barang-barang branded yang mewah-mewah selain barangan limited edition. Foodcourt kat sini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan yang sedap-sedap.
- Sunway Pyramid
Terletak kat Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar di Malaysia. Sunway Pyramid ni kelihatan unik sebab seni binanya bercirikan bangunan dekat Mesir. Nama pun Piramid guys so feeling kat Mesir laa yer. Oh yer lagi satu, kat sini ada ice skating yang merupakan gelanggang ais terbesar di Malaysia.
- Mid Valley Megamall
Mid Valley Megamall ni kedudukannya sangat strategic sebab dekat dengan stesen KL Sentral dan menjadi salah satu mall terbesar di Malaysia. Kat dalam mall ni ada lebih kurang 430 jenis outlet.
- Johor Bahru City Square
Terletak dekat Johor Bahru, Johor. Selain mall, bangunan ni juga menempatkan pejabat dan menjadi antara mall termegah dekat Johor. Lokasinya juga strategik dan mudah untuk dikunjungi sebab terletak dekat dengan JB Sentral.
- Plaza Gurney
Terletak dengan Georgetown, Pulau Pinang. Mall ni terletak berhampiran tepi laut guys. Kat sini turut menawarkan pelbagai pilihan barangan berjenama pada harga yang terjangkau. Selain tu, Plaza Gurney juga jadi pilihan untuk pelancong membeli cenderahati.
- Alamanda
Terletak dekat Putrajaya. Alamanda ni mempunyai reka bentuk bangunan yang unik apabila bahagian bumbungnya berbentuk seperti kubah masjid, manakala bangunannya pula bercirikan gaya Eropah.
- Suria KLCC
Tak lengkap rasanya sebagai rakyat Malaysia kalau korang tak berkunjung ke Suria KLCC. Terletak kat tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Suria KLCC adalah mall yang menggabungkan pejabat, Dewan Philharmonik bertaraf dunia dan Aquaria KLCC yang menjadi destinasi pilihan untuk berlibur.
- Berjaya Times Square
Terletak dekat dengan Bukit Bintang iaitu di Jalan Imbi. Mall ni menawarkan banyak pilihan kedai pakaian yang menawarkan harga yang cukup murah! Kat dalam mall ni juga ada indoor theme park, siap ada roller coaster guys!
So, untuk korang yang berada dari luar Kuala Lumpur atau mana-mana sahaja, jangan lupa menyinggah kat mall-mall yang Abang Bob roger tadi. Alaa buat cuci-cuci mata jer uols.