Ada berita gembira untuk pencinta kopi. Bersempena dengan kedatangan musim bunga, Starbucks tampil dengan memperkenalkan dua pilihan perisa terbaharu dan menyuntik rasa buah-buahan citrus yang pasti akan memikat selera penggemar minuman kopi.
Dua perisa baharu masing-masing ialah Starbucks Lemon Meringue Latte dan Starbucks Hazelnut Cold Foam Ice Espresso bersama Coffee Jelly yang pasti akan memberi kelainan pada rasa kopi dengan kombinasi rasa yang memikat.
Starbucks menyambut baik kehadiran musim bunga pada kali ini dengan menawarkan kombinasi unik untuk memberi kelainan rasa pada kopi yang lebih segar dan tersendiri.
Untuk minuman Starbucks Lemon Meringue Latte, minuman berperisa baharu itu tampil dengan inspirasi pie lemon meringue yang dihiasi dengan sos tart lemon serta krim yang kaya dengan rasa sensasi.
Pilihan Lemon Meringue Latte boleh di dapati sama ada dalam bentuk minuman panas, sejuk dan ice blanded.
Untuk minuman Hazelnut Cold Foam Iced Espresso with Coffee Jelly kali ini tampil dengan rasa yang kaya dengan kemewahan hazelnut dan yang pasti, sentuhan perisa baharu itu dijanjikan dengan rasa lembut pada lapisan kopi dan juga teksturnya kerana dihasilkan adunan susu rendah lemak dan topping krim yang lembut.
Musim bunga pada kali ini juga, Starbucks turut memperkenalkan koleksi cenderahati berupa bekas minuman istimewa yang hadir dengan dua pilihan warna menarik iaitu merah jambu dan juga ungu.
Tidak lengkap tanpa pilihan tumblers yang ditampilkan dengan corak bunga cherry, termasuk pada corak pada spring Seasonal Starbucks Card yang boleh dijadikan hadiah untuk diri sendiri atau orang tersayang.
Starbucks turut memperkenalkan buat pertama kalinya kopi yang dibawa khas dari Sulawesi Toraja di Indonesia yang memberikan rasa sensasi kopi pekat yang asli. Tidak dilupakan bagi penggemar coklat untuk merasai keenakan Starbucks Chocolate Tuxedo Truffle yang kaya dengan rasa coklat serta Starbucks Very Berry Slice untuk penggemar kek berperisa buah beri.
Minuman Starbucks Lemon Meringue Latte dan Starbucks Hazelnut Cold Foam Iced Espresso with Coffee Jelly boleh didapati di semua cawangan Starbucks bermula 25 Februari 2020 pada harga bermula RM17.50, manakala untuk cenderahati musim bunga boleh didapati pada harga bermula RM48.
Manakala untuk Single Origin Sulawesi Toraja Coffee Beans dan Spring Season Blend Whole Bean Coffee pula boleh di dapati pada harga RM45 dan RM40 . Jangan lepaskan peluang ini!