Kalau naik kenderaan awam, nak-nak waktu peak hours tak sah kalau tak bersesak kan. Jadinya nak-tak nak kena redha kalau berhimpit-himpit dalam public transport tu. Belum cerita lagi dengan kerenah orang dalam public transport, bau dia lagi, sepupu min pernah sampai pengsan dek berhimpit dengan bangla-bangla dalam tren.
Tapi dalam satu posting di Twitter ni memang win seorang wanita buat perangai selfish tapi legit jugak lah.. hahaha dek tak nak selesa dia buat macam ni. Macam mana? Baca dulu baru tahu.
Seorang penumpang kereta api / tren bawah tanah di New York menjadi bualan dan viral di laman sosial Twitter baru-baru ini. Tidak mahu bersesak ketika menaiki kereta api, dia dengan sengaja telah menumpahkan kuah di sekitar kakinya.
Posting di Twitter menjadi bualan hangat netizen kerana ia menunjukkan sisi lain dan ada yang menyifatkan sebagai idea bernas ketika menaiki kereta api bawah tanah New York. Malah, ramai menyifatkan posting berkenaan menunjukkan tingkah laku penumpang yang ‘mahu tempatnya sendiri’ di kereta api.
Menerusi posting milik pemilik akaun Twitter Pervaiz Shallwani yang juga seorang wartawan, memuat naik gambar yang menunjukkan lantai kereta kereta api yang dipenuhi dengan sos. Bukan tumpahan sos, tetapi secara sengaja ditumpahkan.
Dalam tweetnya disebutkan bahawa seorang wanita di kereta api mengeluarkan sebotol sos dari tasnya, kemudian menumpahkannya ke lantai. Dia seolah-olah membuat halangan sendiri di bangku simpanannya sehingga tidak ada orang ramai di mendekatinya.
A straphanger in morning A train pulled a bottle of ketchup from his bag and squirted a perimeter on the train car floor to keep folks from crowding his seat. Props to the woman seated next to him who is not going to give up her seat. #MTA pic.twitter.com/efuc1YHoAX
— Pervaiz Shallwani (@Pervaizistan) February 7, 2020
Foto menunjukkan bahawa wanita ini sedang duduk dan di sebelahnya kelihatan kosong. Selepas dia tiba di destinasi, dia hanya meninggalkannya.
Foto tersebut dimuat naik pada 7 Februari 2020. Tidak lama selepas tweet itu dimuat naik, akaun rasmi Transit New York City segera menjawab dan meminta nombor kerusi kereta api berkenaan.
“Terima kasih atas maklumat ini. Bolehkah anda menamakan nombor kereta api? Kami akan meminta pasukan kami membersihkannya dengan serta-merta,” kata perwakilan New York City Transit.
Sebagai tambahan kepada respons dengan cepat oleh New York City Transit, netizens juga sibuk mengulas mengenai tingkah laku penumpang-penumpang ini. Mereka kagum malah ada yang mengecam dengan kelakuan antisosialnya.
Haaa agak-agak gamak tak nak buat macam tu sebab nak selesa punya pasal. Hidup ni kenalah berteoleransi kan supaya kita sama-sama dapat gunakan perkhidmatan awam dengan selesa. Nasiblah orang Malaysia ni semua baik-baik tak buat perangai yang bukan-bukan macam ni. Ke ada??? Kalau ada cuba kongsi.