Tenrog, orang bunian popular masyarakat Orang Asli

Korang percaya tak dengan kewujudan orang bunian? Orang bunian tu sama ke dengan hantu, jin, jembalang semua tu? Siapa sebenarnya orang bunian ni? Kat mana diorang tinggal?

Min percaya ramai dalam kalangan pembaca pernah dengar pasal orang bunian. So hari ni min nak cerita sedikit tentang bunian yang popular dalam kalangan masyarakat Orang Asli, iaitu Tenrog.

Menurut kepercayaan masyarakat Orang Asli, mereka juga percaya tentang kewujudan orang bunian yang dipanggil Tenrog. 

Bunian Tenrog ni dikatakan tinggal di dalam hutan dan sifatnya dipercayai sama seperti manusia. Bezanya, Tenrog ni bersifat ghaib iaitu dia tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Menurut Orang Asli, kalau seseorang tu nak tahu kewujudan Tenrog ni bila tiba-tiba terhidu bau yang wangi atau kalau bernasib baik, mereka akan terlihat kelibat manusia berpakaian yang sangat indah.

Bagaimanapun, manusia dengan Tenrog ni tidak boleh berkawan antara satu sama lain sebab kedua-dua mereka berada dalam dunia yang berbeza dan berlainan. 

Orang Asli percaya, Tenrog ni tinggal di dalam kediaman yang mewah dan dihiasi taman yang indah serta turut dihidang dengan makanan yang lazat-lazat.

Walaupun antara manusia dengan Tenrog ni tak boleh berkawan, tapi orang bunian tu suka untuk berdampingan dengan manusia.

Menurut kepercayaan masyarakat Orang Asli, kalau seseorang tu masuk ke dalam hutan dan tersesat, Tenrog lah puncanya.

Tapi makhluk tu bukan nak membuat khianat, sebaliknya dia hanya hendak berdampingan dengan manusia sahaja. Selain kat dalam hutan, Tenrog juga dikatakan suka tinggal di Kawasan pergunungan dan bukit. Sebab tu kalau masuk ke dalam hutan, banyak pantang larang yang perlu dipatuhi.

Walaupun Tenrog ni dikatakan tidak berbahaya, tetapi orang-orang tua sangat takut untuk membiarkan anak mereka bermain sendirian di dalam hutan. Sebab Tenrog juga sangat sukakan kanak-kanak.

Bila bend ani terjadi, Tenrog akan menyorokkan kanak-kanak tersebut selama beberapa hari sebelum akhirnya ditemui. Tapi apa yang menghairankan, apabila kanak-kanak yang disorok itu ditemui, mereka berada dalam keadaan sihat sebab dipercayai telah dijaga dengan baik oleh Tenrog.

So guys, itulah serba sedikit kisah orang bunian yang terkenal dalam kalangan masyarakat Orang Asli iaitu Tenrog. Setiap masyarakat ada kepercayaan dan budaya masing-masing, maka korang kenalah menghormati mereka ok.

Raja Lepak

Read Previous

Seriuslah macam selfish tapi legit, leh try ni

Read Next

10 Kematian tak disangka seluruh dunia (Siri 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *