Ok untuk kali ini, min akan sambung 6 lokasi hiking yang sesuai untuk korang yang baru nak menjinak-jinak dalam dunia mendaki. Jom kita semak kat mana tu?
- Bukit Panorama (Sungai Lembing, Pahang)
Jarak Bukit Panorama ni hanya 40 kilometer jer dari Bandar Kuantan. Bukit ni tak terlalu tinggi, Cuma 291 meter dari aras laut dengan sejumlah 815 anak tangga untuk korang sampai ke puncak. Amacam? Ada bran?
- Bukit Keluang (Kuala Besut, Terengganu)
Jarak Bukit Keluang hanya 4 Kilometer dari pekan Kuala Besut. Tempat ni juga terletak betul-betul berhampiran dengan Pantai Bukit Keluang. Nice weyh!
- Bukit Beruang (Melaka)
Kedudukannya terletak berhampiran dengan Ayer Keroh. Tinggi pun tak berapa tinggi, just 116.73 meter jurrr. Korang kalau pergi tak payah guna guide pun sebab laluannya yang friendly user.
- Bukit Padang (Kota Kinabalu, Sabah)
Terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Kota Kinabalu. Nak sampai ke puncak, korang hanya memerlukan masa antara 15 hingga 20 minit sahaja.
- Bukit Gasing (Petaling Jaya)
Tempat ni memang popular untuk orang ramai terutama dari sekitar Lembah Klang. Port ni juga selalu dijadikan tempat latihan untuk para hikers sebelum mendaki gunung yang lebih tinggi.
- Gunung Arong (Mersing, Johor)
Trek kat sini agak landai dan tak terlalu curam. So memang sesuai untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan hiking buat latihan persediaan kat sini.
Ok uols..So itulah antara port hiking ‘manja-manja’ untuk newbie yang baru nak menjadikan hiking sebagai hobi baru. Jangan putus asa ok.