Macam-macam hal sejak dunia digemparkan dengan penularan virus Coronavirus yang bermula dari Wuhan di China. Setakat ini, sejumlah lebih 500 orang dilaporkan meninggal dunia di China akibat virus yang didakwa berpunca daripada haiwan eksotik. Walaupun dunia dilanda serangan virus maut itu, namun kehidupan masyarakat sehari-hari perlu diteruskan walaupun diri dilanda kebimbangan.
Nak dijadikan cerita, kat Singapura baru-baru ini, satu majlis perkahwinan sebuah pasangan telah dijalankan dalam suasa yang cukup unik. Mana tidak apabila pasangan pengantin tersebut terpaksa melangsungkan perkahwinan yang dibuat secara ‘live-streaming’ sahaja. Semuanya gara-gara pasangan pengantin tersebut didapati baru sahaja pulang dari China sehingga para tetamu telah menyuarakan kebimbangan susulan penularan Coronavirus.
Dalam majlis tersebut, pasangan pengantin telah bersiaran secara langsung dari dalam bilik hotel, dan disaksikan tetamu yang berada di dalam dewan menerusi skrin besar.
Alahaiii kesiannya min dengar. Suasana majlis perkahwinan yang sepatutnya disaksikan kenalan terpaksa dibuat sebegitu rupa demi menjaga keselamatan tetamu.
Dalam satu temubual Bersama BBC, pasangan pengantin itu, Joseph Yew dan Kang Ting yang berasal dari wilayah Hunan bersempadan dengan Hubei telah berkunjung ke negara terbabit pada 24 Januari lalu sempena sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga isterinya.
Tapi Yew mendakwa, situasi di Hunan agak tenang memandangkan Kawasan yang mereka kunjungi terletak di Kawasan desa. Pasangan itu hanya pulang ke Singapura pada 30 Januari lalu, iaitu tiga hari sebelum majlis perkahwinan mereka.
Kalau diikutkan, sebaik sahaja pasangan pengantin itu pulang, mereka perlu dikuarantin selama 14 hari. Namun Tarikh perkahwinan mereka telah pun ditetapkan, maka mereka memutuskan untuk meneruskan majlis seperti yang telah dirancang.
Tapi, tetamu yang dijemput bagaimanapun bimbang apabila mendapat tahu pasangan itu baru sahaja pulang dari China. Malah ada segelintir tetamu membuat keputusan untuk tidak hadir ke majlis tersebut.
Oleh kerana tidak mahu merosakkan majlis perkahwinan mereka, Yew dan Ting memutuskan untuk mengadakan majlis tersebut menerusi layer skrin secara ‘Live Streaming’ walaupun ibu bapa mereka tidak bersetuju dengan cara tersebut.
Walaupun tetap ada juga tetapi yang tidak hadir, Yew dan Ting mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi menjadi tetamu di majlis perkahwinan itu.
Tak apalah, yang penting pasangan tersebut telah mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga keselamatan dan kesihatan tetamu yang datang. Walaupun majlis mereka mungkin tidak seperti apa yang dirancang, tapi daripada sudut lain mereka lebih mengutamakan tetamu.